One-stop solution for all
Meningkatkan tahap penguasaan teknologi digital dan AI, memupuk inovasi dan kreativiti guru dalam membangunkan serta menyesuaikan kandungan digital untuk kegunaan murid dan menyokong pembangunan profesional berterusan (CPD) melalui penggunaan sistem digital yang mengurangkan kerja manual dan memberi lebih masa kepada peningkatan kualiti PdPc.
Meningkatkan kemahiran literasi digital dan AI melalui pendedahan kepada portal interaktif, memupuk sikap positif terhadap teknologi serta kesedaran tentang kepentingan penggunaan digital secara beretika dan produktif.
Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam perkembangan akademik anak melalui akses terus kepada portal pelajar seperti rekod kehadiran, keputusan peperiksaan, dan maklumat sekolah dan menyediakan saluran komunikasi dua hala yang lebih cepat dan telus antara sekolah dan ibu bapa.
Mengukuhkan jaringan kolaborasi antara sekolah dan komuniti melalui perkongsian maklumat dan aktiviti digital dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan transformasi digital dan penggunaan teknologi AI dalam kehidupan seharian.