Tarikh Permohonan : 8 Disember - 23 Disember 2024
Tarikh temuduga : 4 Januari 2025 - Sabtu (Bertulis dan Lisan) 9.00pagi - 12.00 tengahari.
Keputusan temuduga : 12 Januari 2025 (Ahad) 9.00pg melalui email / telefon
Rayuan : 12 - 16 Januari 2025
Pengesahan : 16 Januari 2025 (Khamis)
Tawaran permohonan kedua / Tarikh Pengesahan : 21 Januari 2025
Keputusan rayuan : 20 Februari 2024
Pendaftaran tingkatan 1 : 15 Februari 2025 (Sabtu)
Hari persekolahan sesi 2025 : 16 Februari 2025 (Ahad)
*Info terkini
Pendaftaran permohonan hanya dibuat secara atas talian atau online.
Sila dapat Nombor Pin / ID pendaftaran di pejabat sekolah pada waktu pejabat sebelum anda login borang kemasukan.
Anda dikehendaki mengemukakan slip keputusan peperiksaan terkini untuk permohonan kemasukan dan bayaran RM10.00 akan dikenakan sebagai bayaran proses kemasukan.
Kemasukan adalah terhad, sila kemukakan permohonan anda dengan kadar segera sebelum kuota kemasukan telah penuh.
Sila pilih tingkatan kemasukan anda di ruangan menu di atas untuk mengisi borang permohonan kemasukan.
Syarat AM Kemasukan
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang beragama Islam lelaki dan perempuan serta berkelayakan seperti berikut:-
Pelajar dari sekolah kebangsaan (SK) / SRA / SRI yang memiliki PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Ujian Akhir Sesi Akademik untuk kemasukan ke tingkatan 1
Pelajar dari SABK / SMA / Tahfiz yang telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) atau Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
Syarat Khas Kemasukan
Tingkatan 1-3
Lulus UPKK/SRA/SRI dengan gred minima 6A
Lulus PBD minima TP4 bagi 4 matapelajaran dan TP3 bagi matapelajaran yang lain
Minima pangkat C bagi semua MP KBD dalam Peperiksaan Dalaman sekolah (Kemasukan ke tingkatan 2 dan 3)
Lulus temuduga
Tingkatan 4 - 5
Lulus PBD minima TP4 bagi semua MP
Minima pangkat C dalam peperiksaan dalaman sekolah bagi semua matapelajaran KBD berikut:-
Usuluddin
As-Syariah
Lughatul Arabiyah
Lulus temuduga
Tingkatan 6
Warganegara Malaysia
Telah menduduki peperiksaan SPM
Berumur 18 tahun
Lulus percubaan SPM
Lulus bagi semua mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dengan mendapat minima pangkat C+ di peringkat percubaan SPM
Minima pangkat Jayyid di peringkat Sijil Menengah Agama ting 4
Minima B+ percubaan SPM (SMKA/KAA)
Tidak mempunyai sebarang rekod salahlaku disiplin.
Lulus temuduga