Kami mengesyorkan anda untuk mengakses laman web kami melalui desktop untuk pengalaman yang lebih baik dan penuh
Laman Ini Memaparkan Tentang Profile Tvpss Ibnu Sina Sebara
Peluncuran Big Data & Platform Digital TVPSS Bersama Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-20
PELUNCURAN BIG DATA & MAT SMK Bandar Putra Segamat telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2025 di Dewan Perdana Putra. Majlis bersejarah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh wakil rasmi kepada YB Datuk Seri Dr. Zalihah Mustafa.
Peluncuran ini melibatkan perkenalan rasmi laman web TVPSS, media sosial rasmi sekolah, laman portal Big Data, serta pelbagai platform digital lain yang bertujuan memperkasa penyampaian maklumat dan komunikasi sekolah.
Acara turut diserikan dengan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-20, menyatukan seluruh warga sekolah dalam semangat kemajuan dan inovasi.
SMK Bandar Putra Segamat (SEBARA) telah mengadakan Majlis Hari Raya Guru pada waktu malam dengan kehadiran VVIP, guru-guru, dan pelajar. Majlis diserikan dengan jamuan makan, sesi bergambar, dan aktiviti bermain bunga api yang menambahkan lagi suasana ceria. Semua yang hadir bergembira dan menikmati malam penuh kemeriahan ini.
Majlis bukan sahaja mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar, malah mencipta kenangan indah yang pasti dikenang. Ia berakhir dengan penuh kegembiraan serta meninggalkan memori manis buat semua.
Mesyuarat pertama Krew TVPSS bagi sesi 2025/2026 diadakan bagi membincangkan perancangan, pembahagian tugas, serta hala tuju TVPSS bagi tahun ini. Selain itu, sesi ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan ahli baharu dan mengukuhkan kerjasama dalam kalangan krew.
Bagi memeriahkan pertemuan ini, satu jamuan potluck telah diadakan selepas mesyuarat sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli TVPSS.Semua krew digalakkan untuk membawa juadah masing-masing bagi dikongsi bersama.
Semoga mesyuarat ini berjalan lancar dan menjadi permulaan yang baik untuk TVPSS terus cemerlang pada sesi ini!
TRANSFORMASI STUDIO TVPSS
Pengemasan studio TVPSS dilakukan bagi memastikan ruang kerja yang lebih teratur, bersih, dan kondusif untuk semua krew. Aktiviti ini melibatkan penyusunan semula peralatan, pembersihan kawasan studio, serta penyelenggaraan peralatan penyiaran bagi memastikan kelancaran operasi TVPSS.
Selain meningkatkan keselesaan dan kecekapan kerja, pengemasan ini juga bertujuan untuk menjaga ketahanan peralatan dan mencipta suasana yang lebih profesional. Dengan studio yang kemas dan tersusun, krew TVPSS dapat beroperasi dengan lebih baik dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.
Sesi photoshoot ini diadakan khusus untuk para guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sebagai sebahagian daripada dokumentasi rasmi sekolah. Gambar yang dirakam akan digunakan untuk pelbagai tujuan rasmi, termasuk laman web sekolah, dan majalah sekolah edisi ke-9 bagi tahun 2024/2025. Selain itu, sesi ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada barisan tenaga pendidik dan staf sekolah yang berdedikasi dalam menggerakkan institusi ke arah kecemerlangan.
Sesi photoshoot ini diadakan bagi tujuan pembuatan lanyard baharu untuk Pengawas PSS dan Crew TVPSS. Ia bertujuan untuk memperkenalkan identiti rasmi setiap ahli serta menampilkan imej yang lebih profesional dan seragam. Melalui sesi ini, setiap ahli akan dirakam dalam pakaian rasmi masing-masing bagi memastikan kualiti dan keseragaman dalam rekaan lanyard yang bakal digunakan. Semoga sesi ini berjalan lancar dan memberikan hasil yang terbaik untuk semua.
Terima kasih Cikgu Muhammad Amirul Fahmi bin Mat Sukeri atas khidmat bakti sepanjang 4 tahun 7 bulan 21 hari di SEBARA. Kehadiran cikgu telah memberi inspirasi dan meninggalkan kenangan yang bermakna buat kami semua.
Selamat bertugas di negeri kelahiran, Kelantan Darul Naim. SEBARA kehilangan seorang pendidik hebat, tetapi doa kami sentiasa mengiringi cikgu.
Terima kasih, cikgu!
PHOTOSHOOT B.PENTADBIR
PERTANDINGAN BBJ
PERTANDINGAN NILAM
PHOTOSHOOT FORM 5 - 2024
PERSEDIAAN LIVE
WATIKAH PELANTIKAN
HARI KEUSAHAWANAN
PHOTOSHOOT MPM