Jom Kenali PASIH
Jom Kenali PASIH
Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah atau lebih dikenali dengan nama singkatan PASIH merupakan pusat rujukan dan dokumentasi wanita Kelantan yang menghimpunkan koleksi buku, tesis, artikel, keratan akhbar dan bahan penyelidikan berkaitan wanita bagi tujuan pendidikan dan pembangunan masyarakat.
Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah dikelola di bawah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan (UKEKWA)
Menghimpunkan buku dan tesis berkaitan wanita
Menyimpan keratan akhbar dan bahan rujukan wanita Kelantan
Membantu penyelidik, pelajar dan masyarakat mendapatkan maklumat