Memperkenalkan...
Polumpung Mini Room (PMR)
Polumpung Mini Room atau mudah dikenali sebagai PMR merupakan sebuah bilik bersaiz 10x10 yang disediakan bagi mereka yang tidak berkhemah. Terletak di eko-pelancongan Polumpung Melangkap View Camp Site (PMVCS), PMR mampu memuatkan sebanyak dua orang dewasa sahaja. Kami mahu memastikan agar mereka yang menginap selesa untuk beristirehat selama mereka berada di PMVCS, di samping menikmati suasana seakan-akan 'melancong di luar negara' dengan pemandangan megah Gunung Kinabalu. Meskipun bilik tersebut bersaiz kecil, ia adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan belanjawan.