Program ini adalah terbuka kepada rakyat Malaysia untuk mempelajari dan mendalami seni panahan tradisional Hungary. Program intensif ini menawarkan kurikulum yang tersusun bagi melahirkan pengamal yang ditauliahkan oleh Akademi Awesome Archery berdasarkan sistem latihan dari Hungary, serta pengiktirafan oleh TVETec Malaysia dan mendapat sokongan dari Jabatan Belia & Sukan (JBS).
Ia dibuka seawal 13 tahun ke atas, tidak kira bangsa, agama mahupun jantina. Semua berpeluang untuk mempelajari dan menguasai seni memanah yang unik ini.
Sepanjang program ini, anda bakal melalui silibus yang disusun dan penilaian akan dilakukan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran ini.
Anda turut berpeluang untuk menguasai seni memanah ini di atas kuda!
Akademi Awesome Archery telah menjadi akademi pertama dan terbesar dengan jumlah pengamal dari seluruh Asia Tenggara dengan jumlah pendaftaran berdaftar melebih 1000 pemanah.
Latihan dan bimbingan dari pengamal seni Memanah Tradisional Hungary ini telah menjadi satu identiti bagi Akademi Awesome Archery untuk menyebarluaskan lagi ilmu serta kemahiran seni memanah tradisional Hungary di Malaysia.
Pencinta ilmu memanah dari Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand berpeluang untuk hadir ke Malaysia bagi mendapatkan pensijilan dan pengiktirafan dari Sistem Original Akademi Awesome Archery ini.
Program ini adalah khas untuk golongan dewasa bermula 13 tahun keatas dan tiada had umur (Sekiranya mampu untuk mengikuti program). Sistem penarafan 3 tahap disediakan, bermula dari tahap Gangsa (Beginner) - Perak (Intermediate) - Emas (Advance).
Setiap tahap adalah berbeza objektif latihan dan ia adalah latihan komprehensif yang membentuk karakter sebagai seorang pengamal memanah tradisional Hungary.
Anda boleh memilih sama ada untuk menyertai latihan di tanah (Ground) ataupun berkuda (Horseback Archery). Anda berpeluang untuk mempelajari kemahiran ini di Akademi Awesome Archery!
Setiap kadet yang melalui kurikulum di Akademi AA perlu melepasi 3 tahap. Setiap tahap ini akan disediakan penilaian khas dan pengiktirafan disediakan untuk kadet.
Segala pengorbanan dan usaha kadet dihargai dan diberikan penghargaan menerusi ;
Pentauliahan Akademi Awesome Archery.
Pensijilan TVETec Malaysia
Konvokesyen Kemahiran @ USIM (Tahap Omega & Alpha).
Duke of Edinburgh's Award (International Award) Untuk Belia 14-25 tahun.
Kelas Dewasa Sesi Pagi (8 - 10 pagi) - Tahap Perak & Emas
Kelas Dewasa Sesi Pagi (8 - 10 pagi) - Tahap Gangsa
Anda perlu memilih salah 1 hari pada setiap minggu. Latihan dalam sebulan hanya 3 kali (Minggu 1,2 dan 3 sahaja). Minggu ke 4 adalah khas untuk memanah berkuda. Nantikan hebahan dari Akademi AA.
Anda wajib sertai kelas percubaan (trial class) atau Fun Shoot anjuran Akademi AA dahulu dan anda akan diberikan taklimat penuh tentang PROGRAM MEMANAH TRADISIONAL MALAYSIA ini. Setelah mendaftar, anda boleh pilih waktu seperti di atas.