Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang (MMAPP) merupakan satu persatuan yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa anak Pulau Pinang dari semua IPT di seluruh Malaysia. Persatuan MMAPP Kebangsaan ditubuhkan pada awal tahun 2020 yang diinisiatifkan oleh Saudara Amir Asyraf (Penasihat MMAPP Kebangsaan) yang juga merupakan pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan.
Amir Asyraf
Penasihat MMAPP Kebangsaan
Rizqullah Al Bariq
Pengerusi MMAPP Cawangan UM
Sesi 2021/2022
Pada awal tahun 2021, Persatuan Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang Cawangan Universiti Malaya (MMAPP UM) telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Saudara Rizqullah Al.Bariq bagi membela kebajikan mahasiswa/i Pulau Pinang di Universiti Malaya.
Setelah bergerak sebagai Non-Governmental Organization (NGO) selama hampir 2 tahun, MMAPP (UM) akhirnya berjaya didaftarkan secara rasminya di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM pada tarikh 29 Disember 2022 melalui usaha barisan pimpinan MMAPP (UM) sesi 2022/2023 yang dipengerusikan oleh saudari Malissa Natasha.
Dengan itu, nama serta logo Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang Cawangan Universiti Malaya (MMAPP UM) telah ditukar kepada Persatuan Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Malaya (PMAPP UM).
Nama dan logo PMAPP UM