Program "The Next Epoch - A Multidisciplinary Approach" merupakan program anjuran Gathering Of The Great Minds (GOTGM UM) dengan kerjasama MMAPP UM dan beberapa badan persatuan lain yang berlangsung di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Program ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai evolusi dan perkembangan bidang pengajian, terutamanya berkaitan dengan bidang perubatan dan bagaimana impaknya kepada kita pada masa hadapan.