Exco Kepimpinan MMAPP UM sesi 2022/2023 merangkap YDP Persatuan Geografi Universiti Malaya (PGUM), Saudara Aimar Adam telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Mingguan Ramadan dengan kerjasama PERMADAH dan PERMAS yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan 2022 secara atas talian di platform Google Meet. Program ini bertujuan untuk mengimarahkan lagi Bulan Ramadan yang mulia dengan membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran.
Selain itu, program ini juga turut diadakan secara fizikal di Kolej Kediaman ke-7 pada minggu terakhir Ramadan yang diikuti dengan Majlis Iftar anjuran Persatuan Mahasiswa Selangor Universiti Malaya (PERMAS UM) yang diadakan sesudah program bacaan Yasin ini berlangsung.