Pada bulan Ramadan 2022, MMAPP UM bagi sesi 2022/2023 telah mengadakan Jualan Bazar Ramadan MMAPP UM di Kolej Kediaman Ke-12 yang bertujuan untuk mencari Dana Persatuan.
Program ini diinisiatifkan oleh Bendahari MMAPP UM sesi 2022/2023, Saudara Soon Ming Yi yang juga pengarah program ini.
Selama 3 minggu diadakan, pelbagai juadah berjaya dijual iaitu Potato spring, Cendawan goreng, Vietnamese roll, Ramen roll dan aneka minuman.