Program "Leadership Is An Action, Not A Position" merupakan program yang berkaitan dengan kepimpinan anjuran Exco Kepimpinan MMAPP UM sesi 2021/2022. Program ini diadakan secara atas talian melalui Google Meet.
Program yang berbentuk bicara santai ini disampaikan oleh panel jemputan iaitu Encik Mohamad Amirul Hayat, seorang Speaker Usamah Zayd Academy Consultant.
Program ini bertujuan untuk berkongsi cara menjadi pemimpin yang hebat, skop-skop kepimpinan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang kepimpinan.Â