SIAPA KAMI?

PERTUBUHAN RUMAHKOD

(Klik pada anak panah di tepi untuk melihat butiran mengenai Rumahkod)

Ramai yang baru sahaja mengetahui mengenai Rumahkod susulan dari program PLC dalam talian yang telah dilaksanakan sejak 19 Mac hingga kini.

Maka, kami ambil kesempatan ini untuk menerangkan serba ringkas mengenai Pertubuhan Rumahkod untuk makluman semua.

RUMAHKOD merupakan organisasi sukarela yang menyediakan khidmat komuniti untuk warga pendidik berkumpul serta berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman.

Kami telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966 sebagai pertubuhan bukan kerajaan pada 10 Oktober 2017 (NO PERTUBUHAN: PPM-036-10-10102017).

Sejak itu, kami telah melaksanakan beberapa program Teknologi Pendidikan kepada warga pendidik seperti berikut:

1. KLedtechday2017.

2. KLedtechday2018.

3. Ganuedtechday 2019.

4. Program TWT (mulai 2019) - sebuah program berkonsepkan bengkel yang diadakan di pelbagai lokasi mengikut permintaan.

5. Program C+W+ GCE L1 (mulai 2019) - sebuah program intensif Pentauliahan Antarabangsa, Google Certified Educator Level 1 selama 2 hari. Peserta yang mengikuti program ini akan menerima Sjil Pengiktirafan Antarabangsa dari Google setelah melepasi ujian khas yang ditetapkan.

6. dan yang terkini Program PLC dalam Talian yang ditawarkan secara percuma untuk semua. Pelajari secara langsung atau lihat rakaman (WEBINAR) bagi menambahkan ilmu-ilmu berkenaan teknologi pendidikan demi manfaat anak murid.

Semoga dengan penerangan ringkas ini warga maya dapat mengenali kami dengan lebih jelas dan tepat.

Mudah-mudahan ilmu-ilmu yang telah dan sedang diperolehi bermanfaat untuk warga pendidik di luar sana demi kecemerlangan anak didik jua.

Like dan Follow FB Page Rumahkod agar anda tidak terlepas dengan sebarang program-program terkini dari kami.