Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam khususnya di Negeri Kedah dan di Dun Kulim
Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) merupakan bantuan kewangan secara one-off diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Kedah. Peruntukan dan pengagihan bantuan adalah bergantung kepada peruntukan yang diluluskan dari semasa ke semasa.
Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Negeri Kedah ATAU sekolah-sekolah yang terpilih sahaja tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
1. Pendapatan isi rumah maksimum RM3,000.00 dan ke bawah.
2. Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun.
3. Pelajar tiada penaja lain.
4. Pelajar bersih daripada tindakan disiplin.
5. Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
6. Pelajar dicalonkan melalui Guru Biasiswa Sekolah.
7. Pelajar melepasi saringan oleh pihak SPPNK.
Program Permataku Sejahtera ini merupakan program yang dinaik taraf daripada program Anakku Sejahtera yang lalu.
Tempoh permohonan adalah enam bulan dari tarikh kelahiran yang didaftar, melalui borang yang disediakan sama ada di pejabat daerah, pejabat penghulu, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Kedah.
“Pemohon tidak perlu lagi membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) terlebih dahulu, sebaliknya pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghantar senarai nama permohonan kepada pejabat kewangan dan perbendaharaan negeri untuk kelulusan peruntukan bagi pembukaan akaun SSPN.