Pusat Kecemerlangan Bakat Atlet atau PKBAT dimana Kolej Komuniti menjadi institusi yang menawarkan pengajian TVET secara fleksibel kepada pelajar yang bergelar atlet serta bertanggungjawab menguruskan program seperti penyediaan latihan, penyertaan kejohanan, penyediaan peralatan sukan dan kemudahan serta program-program pembangunan kepada pegawai seperti kepegawaian, kejurulatihan mahupun kepengadilan.
Seperti yang telah digariskan dalam Dasar Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DSIPT), dalam memastikan pelajar di IPT terus bergiat aktif dalam sukan, pihak di IPT perlu menjaga kebajikan atlet-atletnya dan dapat terus bersukan secara aktif tanpa mengabaikan akademik. Menyedari kepentingan sukan di kalangan warga IPT, satu dasar yang khusus diwujudkan oleh pihak kementerian dan matlamat DSIPT ialah menjadikan IPT sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara serta mewujudkan budaya bersukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan yang seimbang dan berkualiti dari segi akademik dan sukan. Dengan itu, dapat melahirkan “The Thinking Athlete(s)” atau atlet intelek serta berkemahiran di kalangan ahli-ahli sukan dan mensasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus (%) atlet negara terdiri daripada atlet di IPT. [Dasar Sukan IPT, 2009]
Memperluas dan membuka peluang kepada pelajar yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran (TVET) dan memberi sokongan bergiat aktif dalam sukan ke peringkat yang lebih tinggi.
Menyediakan latihan dan peralatan yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan prestasi atlet;
Mengendalikan latihan sama ada berbentuk kursus / bengkel untuk penyediaan Tenaga Terlatih dikalangan pegawai di kolej komuniti dan berperanan aktif sebagai jurulatih atau pegawai teknikal;
Bekerjasama dengan sekolah-sekolah sukan negeri dalam menempatkan atlet-atlet belajar di kolej komuniti;
Mengadakan kolaborasi dengan persatuan-persatuan sukan; negeri mahu pun kebangsaan;
Menyelaras program-program dari persepktif “Mengenalpasti Bakat “sama ada bakat baru berpotensi mahu pun bakat sedia ada.