SEGAK

PENGENALAN SEGAK

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.

MATLAMAT SEGAK

Murid sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

OBJEKTIF SEGAK

Murid dapat:

  1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;

  2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;

  3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;

  4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan

  5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.