Menurut Nur Mawakhira Yusuf & Jannatul Ma’wa Yusuf (2020),stres merupakan suatu kondisi individu yang timbul karena banyaknya tekanan atau tuntutan yang melebihi kapasitas kemampuannya sehingga individu merasa terbebani.Terdapat banyak stress akan dihadapi oleh kita seumur hidup contohnya stres akedemik , stres bekerja , stres emosi dan stres kesihatan.
Stress akan muncul dalam kehidupan kita untuk menganggu emosi seseorang menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara resional dan diiringi oleh fikiran yang negatif.Oleh itu,cara menanganinya adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh setiap individu.Antara cara yang berkesan dan biasa digunakan adalah melalui aktiviti sukan.Bagaimanakah kita boleh menguruskan stres melalui sukan?
Terdapat beberapa cara bagaimana Atlet dapat mengatasi masalah Stres iaitu :
1. Atlet perlu berasa seronok semasa dan selepas latihan atau pertandingan.
2. Menikmati masa keseronokkan dengan rakan-rakan disamping meningkat kemahiran kendiri.
3. Tetapkan sasaran atau matlamat yang boleh dicapai.
4. Meletakkan prinsip dalam diri bahawa hidup bukan untuk mencapai kejayaan di arena sukan sahaja.
5. Terlibat dalam sukan rekreasi yang boleh memberi keseronokkan.
6. Mendampingi dan menikmati masa yang indah dan gembira bersama keluarga.
7. Menganggap bersukan hanya satu permainan sahaja.
8. Belajar mengetawakan diri sendiri, menerima dan belajar dari kegagalan dan kesilapan.
Selain itu, terdapat juga beberapa cadangan bagaimana Jurulatih dapat membantu atlet
mengelakkan masalah stres dalam sukan.
1. Perhatikan dan mengenalpasti tanda-tanda atlet yang mengalami seperti kurang bermaya, pucat dan prestasinya menurun.
2. Pelbagaikan aktiviti latihan yang seronok.
3. Bantu atlet supaya mempunyai gaya hidup yang seimbang.
4. Galakkan atlet mempunyai kegemaran aktiviti selain dari bersukan.
5. Anggap sukan adalah satu perspektif (untuk jurulatih dan atlet sahaja).
6. Penekanan dan utamakan pencapaian matlamat dari segi meningkatkan kemahiran kendiri dari prestasinya.
Pengurangan stress
Sukan membantu mengurangkan tahap hormon tekanan seperti kortisol dalam badan.
Meningkatkan keyakinan diri
Seseorang akan berasa lebih yakin dengan kebolehannya apabila matlamat dicapai atau wujud peningkatan prestasi.
Peningkatan endorfin
Endorfin yang dikeluarkan oleh badan semasa bersukan boleh mengurangkan kesakitan dan meningkatkan perasaan keseronokan.
Bertambah baik ingatan dan kapasiti pembelajaran
Sukan meningkatkan aliran darah ke otak dan lebih banyak oksigen serta nutrien dihantar ke sel-sel otak.Kesannya,fungsi otak dapat dipertingkatkan secara keseluruhan.