BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN JARINGAN INDUSTRI (PJI)  

UiTM CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA

Piagam Pelanggan

 Bahagian PJI Menjanjikan

RMU : Kearah membina kecemerlangan penyelidikan dengan melaksanakan

hebahan permohonan geran penyelidikan dan memprosesnya dalam tempoh 3

hari selepas menerima maklumat daripada pihak RMI, UiTM Shah Alam.

Iaitu bagi memastikan sekurang-kurangnya 20 penyelidikan baharu yang

berdaftar dijalankan setiap tahun. Menyertai pertandingan rekacipta dan

inovasi sekurang-kurangnya 50 penyertaan setahun.

ICAN : Menyelaras, melaksanakan aktiviti dengan pihak komuniti, industri,

swasta dan jabatan kerajaan serta menggalakkan penglibatan staf dalam

’Community Engagement’ dengan menjayakan 20 aktiviti setahun.

MASMED : Menggalakkan aktiviti keusahawanan dikalangan siswa/siswi

serta memperkasakan Pembudayaan Keusahawanan Pelajar dengan

melaksanakan 20 program setahun.

JAPENA : Menggalakkan aktiviti penulisan dikalangan Staf akademik

dengan menghasilkan 80 penerbitan berindeks dalam bidang penulisan dan

penerbitan ilmiah setahun.

UNIT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN : Menyelaras aktiviti

pengumpulan data seperti MyRA, SDG dan Rangking Champion serta

Penerbitan MyRA bagi memenuhi keperluan Sasaran Petunjuk Prestasi (PI)

UiTM Cawangan Pahang.