Sekolah Menengah Teknik Labuan mula dibuka pada tahun 1981 dengan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Labuan, Sekolah ini terletak kira-kira 7 km dari pusat bandar Labuan, menghala ke Tanjung Kubong. Sebagai sekolah menengah vokasional, sekolah ini dirasmikan pada 03 Mac 1984 oleh Y.B Datuk Dr. Sulaiman Bin Hj. Daud, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Selaras dengan naik taraf (upgrading) sekolah menengah vokasional kepada sekolah menengah teknik di seluruh negara, sekolah ini dinaik taraf menjadai Sekolah Menengah Teknik Labuan secara rasminya pada 12 Julai 1998 oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Hj. Hasbullah Bin Hj. Mohd. Taha Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
Pada tahun 1993 hingga 1997 Pusat Sumber Sek Men Teknik Labuan terletak di bangunan blok Pentadbiran, Tingkat 1. Pada ketika itu, bilik pusat sumber tidak begitu luas dan tidak dapat menampung bilangan pelajar melebihi 40 orang. Alat perabot seperti rak buku tidak begitu sesuai digunakan kerana ruang-ruang untuk menyimpan buku agak sempit. Manakala jumlah bahan rujukan pada masa itu hanyalah 1,500 buah.
Pada tahun 1998 bilik pusat sumber telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di blok Makmal Sains tingkat 1. Bilik ini mempunyai keluasan 3 buah bilik darjah. Bilik ini terbahagi dua iaitu ruang pusat sumber dan ruang bilik tayangan.
Keluasannya boleh menampung 60 orang murid untuk pusat Sumber utama dan 30 orang murid untuk bilik tayangan. Jumlah bahan rujukan yang terdapat ialah sebanyak 9,000 buah.