PESUMA KE-XXXIV
9 HINGGA 12 JUN 2023 I KUANTAN, PAHANG
"SUKAN TANPA SEMPADAN, PENCAPAIAN JADI UKURAN"
"SUKAN TANPA SEMPADAN, PENCAPAIAN JADI UKURAN"
Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia ke XXXIV atau ringkasnya PESUMA Ke-34, merupakan temasya kejohanan sukan pelbagai acara yang diuruskan oleh Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Pahang. Penganjuran sukan pada kali ini adalah bertempat di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Kuantan, Pahang. Kali terakhir JUPEM Pahang menjadi tuan rumah adalah pada tahun 1994. Kejohanan sukan ini akan berlangsung mulai 09 Jun hingga 12 Jun 2023.
Sila klik butang di atas untuk memuat turun logo
Logo PESUMA mengetengahkan reka bentuk yang menunjukkan simbolik gajah dan gading. Umum mengetahui bahawa gajah merupakan simbolik dengan negeri Pahang. Rekaan gajah dan gading bersilang melambangkan kegagahan, keperwiraan dan semangat kekitaan atlet-atlet yang akan bertanding dalam PESUMA Ke-34.
"TOK GAJAH"
Sila klik butang di atas untuk memuat turun gambar maskot
Gajah dipilih sebagai maskot PESUMA Ke-34, memandangkan gajah amat sinonim dengan Negeri Pahang, di mana Pusat Konservasi Gajah Kebangsaaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang merupakan kawasan populasi dan perlindungan gajah terbesar di Semenanjung Malaysia. Maskot PESUMA Ke-34 dikenali sebagai "TOK GAJAH". Maskot ini direka khas dengan pelbagai aksi bagi mengalu-alukan ketibaan semua kontinjen ke Negeri Pahang. Rekaan maskot ini adalah hasil karya kakitangan JUPEM Pahang iaitu Encik Mohd Faizal bin Shukor.
SUKAN TANPA SEMPADAN,
PENCAPAIAN JADI UKURAN
Slogan PESUMA Ke-34 kali ini adalah:
'SUKAN TANPA SEMPADAN,
PENCAPAIAN JADI UKURAN.
Sejajar dengan hasrat Jabatan bagi memupuk komuniti ukur yang aktif bersukan dan produktif dalam penyampaian perkhidmatan ukur yang berkualiti.