BENGKEL MATEMATIK CALON SPM SESI 2024/ 2025
Tarikh : 12 & 13 Januari 2024 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : SMK Seri Rompin, 26680 Kuala Rompin, Pahang
Peserta : 17 orang pelajar teras Matematik dan 150 orang pelajar Tingkatan 4
PENGENALAN
Bengkel ini adalah sebahagian daripada aktiviti Program Bengkel Taklimat 4P IPGKKB 2024 di PPD Rompin, Pahang. Bengkel ini dilaksanakan bagi memenuhi jalinan kolaborasi antara IPGKKB dengan PPD Rompin. 17 orang pelajar teras matematik yang juga sukarelawan 4P terlibat dalam membantu pelajar Tingkatan 4 dari 5 buah sekolah menengah di sekitar daerah Rompin. Pencapaian pelajar yang menyertai bengkel ini adalah sangat lemah dan sederhana. Bengkel ini dibuat secara klinikal agar pelajar IPGKKB yang bertindak sebagai fasilitator berpeluang mendekati pelajar dengan lebih dekat. Secara tidak langsung, pelajar IPGKKB mendapat pengalaman sebenar situasi sekolah.
OBJEKTIF
Membantu pelajar menguasai topik asas Matematik Tingkatan 4.
Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar Matematik.
Membantu mengasah sifat keguruan dalam diri para sukarelawan.
Memberi pendedahan awal terhadap para sukarelawan mengenai iklim sekolah.
12 Januari 2024 (Jumaat)