Pihak FT Garage telah menerima aduan berkenaan helmet Nova Pa'din Musa yang telah dijual pada Sabtu, 18 Julai 2026.
Sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan sokongan anda, pihak FT Garage bersetuju untuk membuat pertukaran helmet tersebut tertakluk kepada terma dan syarat berikut:
1. Pemulangan helmet
Helmet yang mengalami defect hendaklah dipulangkan ke cawangan tempat pembelian dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu bermula Rabu, 22 Julai 2026 sehingga Sabtu, 25 Julai 2026 (bagi pembelian di cawangan). Tempoh pemulangan untuk pelanggan yang membeli di Onpay(Postage) bermula dari tarikh sampai helmet dan sah sehingga 8/8/2026 untuk isi borang pertukaran atau refund dan hantar semula helmet. Untuk postage, anda juga boleh hantar di cawangan, atau return semula secara postage kepada HQ FT, pilih di bahagian cawangan untuk pemulangan helmet dengan tepat.
2. Proses pemeriksaan & repair
Semua helmet yang dipulangkan akan dihantar ke pihak kilang untuk pemeriksaan. Bergantung kepada jenis defect, helmet akan melalui proses pembaikan atau pertukaran mengikut keputusan pihak kilang kerana terdapat beberapa jenis kerosakan yang tidak dapat dibaiki.
3. Tempoh proses
Anggaran tempoh proses adalah *2 hingga 3 bulan* bermula daripada tarikh helmet diterima oleh pihak kilang. Tempoh yang dinyatakan adalah tempoh maksimum yang ditetapkan oleh pihak FT bagi memastikan proses pemeriksaan, pembaikan dan kawalan kualiti dapat dijalankan dengan sempurna. Sekiranya pembaikan selesai lebih awal daripada tempoh yang dinyatakan, helmet akan dihantar kepada pelanggan dengan kadar segera.
4. Penghantaran semula helmet
Setelah proses selesai, FT Garage akan menghantar semula helmet mengikut saiz yang telah dipilih semasa pengisian borang melalui postage sahaja. Sila ambil maklum bahawa nombor siri helmet yang diterima adalah berbeza (random) dan tiada sebarang caj penghantaran akan dikenakan.
5. Pertukaran saiz tidak dibenarkan
Permohonan pertukaran saiz tidak dapat dipenuhi. Borang ini hanya melibatkan helmet yang mengalami defect kerana model tersebut telah habis dijual (sold out) dan tiada pengeluaran semula akan dibuat.
6. Isi borang pertukaran
Sekiranya anda bersetuju untuk menunggu waktu menunggu bagi pertukaran dan repair helmet defect, sila isi borang pertukaran defect helmet nova padin musa di bawah.
7. Isi borang refund
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan proses pertukaran ini, pihak FT Garage turut menawarkan pemulangan wang (refund) mengikut prosedur yang telah ditetapkan, sila terus isi di borang refund di bawah. Helmet perlu dipulangkan terlebih dahulu untuk proses berikutnya.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak FT Garage untuk bantuan lanjut. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda.