SYARAT PENYERTAAN VIDEO KREATIF KEMERDEKAAN TAHUN 2022 , IPGK PM

  1. Pertandingan Video Kreatif Kemerdekaan (VKK) 2022 dianjurkan oleh Pusat Sumber Puteri (PSP), IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPGK PM) (KPM)

  2. Objektif VKK ialah untuk:

  • Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam penghasilan bahan video kreatif;

  • Mencungkil bakat guru pelatih dalam pembinaan dan penghasilan bahan video kreatif;

  • Mewujudkan hubungan kerjasama sesama guru pelatih dalam merancang, mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan video kreatif.

  • Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan guru pelatih melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif.

  1. VKK 2022 bermula pada 7 Ogos 2022. Hasil produksi video setiap pasukan dan individu perlu dihantar sebelum atau pada 31 Ogos 2022.

4. Pada tahun ini tema yang dipilih adalah berdasarkan tema hari kemerdekaan Malaysia tahun 2022 ( KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA ) bagi menyokong lebih banyak bahan kreatif dihasilkan.

5. Terdapat 2 kategori yang akan dipertandingkan iaitu:-

  • Kategori Berkumpulan Guru Pelatih IPGK PM ( minima 2 orang dan maksima 3 orang )

  • Kategori Individu Guru Pelatih IPGK PM

6. Tema Pertandingan yang dipertandingan adalah seperti berikut:

  • Tema hari kemerdekaan Malaysia tahun 2022 ( KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA )

GARIS MASA PERTANDINGAN

TERMA, SYARAT DAN KELAYAKAN PERTANDINGAN

1. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.

2. Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.

3. Pihak urusetia berhak membuat perubahan peraturan dan masa pertandingan.

4. Bahan Video kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat

mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.

11. Penggunaan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa kebenaran adalah dilarang.

12. Hakcipta video kreatif adalah hak milik peserta dan membenarkan kebenaran kepada Pusat Sumber Puteri IPGK PM menggunakan produksi tersebut seperti menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting semula dan menayangkan semua hasil karya yang dihantar di laman sesawang, pameran, mana-mana platform media atau media sosial Pusat Sumber Puteri dan IPGK PM untuk tujuan promosi dan sebagainya..

13. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

SPESIFIKASI VIDEO

  1. Durasi masa video yang dihasilkan di antara 2.35 hingga 3.25 minit termasuk kredit.

  2. Format yang dibenarkan adalah MOV, MPEG4, WMV, FLV, MP4 dan AVI .

  3. Resolusi minimum 720p dan ke atas manakala aspect ratio video adalah 16:9 sahaja.

  4. Peserta dibenarkan menghasilkan video kreatif dalam Bahasa Melayu sahaja.

  5. Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik baik serta jelas.


PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN VIDEO

  1. Semua penyertaan video perlu dimuat naik ke pautan Google Drive milik individu salah seorang ahli kumpulan / individu bagi penyertaan individu. DAN pautan /

  2. Kaedah memuat naik video perlu menggunakan Google Drive milik individu / salah seorang ahli kumpulan.

  3. Pada ruangan diskripsi video anda diletakkan tajuk video, sinopsis ringkas , nama penuh ahli pasukan dan hashtag mengikut kategori berikut :

  • Kategori Berkumpulan Guru Pelatih IPGK PM : #vkkberkumpulan2022namakumpulan #Keluarga Malaysia #MalaysiaMembaca #keluargapusatsumberputeri

  • Kategori Individu Guru Pelatih IPGK PM : #vkkindividu2022namaindividu #Keluarga Malaysia #MalaysiaMembaca #keluargapusatsumberputeri

4. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat dan tanda pagar # yang tidak lengkap atau salah pada ruangan diskripsi tercicir daripada sesi penilaian

5. Video kreatif & interaktif yang dimuat naik pada Google Drive milik individu salah seorang ahli kumpulan / individu dan perlu ditetapkan dalam aturan public sahaja.

6. Selepas muat naik video dalam google drive, peserta perlu mengisi borang penyertaan pada pautan https://bit.ly/VKK2022IPGKPM

  1. Hasilkan video kreatif dengan mesej yang sesuai dan jelas selari dengan tema dan tajuk yang telah ditetapkan serta mengikut kreativiti anda.