OBJEKTIF
OBJEKTIF
Mempertingkat kemahiran digital dalam kalangan murid;
Mempertingkat kemahiran merancang murid dalam membuat kertas projek penyelidikan; dan
Mempertingkat kreativiti murid dalam membangunkan sesebuah aplikasi.
Menggabungkan kemahiran murid dalam menghasilkan aplikasi yang mesra pengguna dan mudah diakses.
SYARAT KELAYAKAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah (13-17 tahun) dan murid sekolah rendah Tahap 2 (10-12 tahun) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peserta yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
Pelaksanaan adalah mengikut 3 kategori peserta iaitu:
a. Kategori Sekolah Rendah
b. Kategori Sekolah Menengah Rendah
c. Kategori Sekolah Menengah Atas
Setiap projek wajib diwakili secara berkumpulan (3 orang) dan seorang guru pembimbing dalam sekolah yang sama. Guru pembimbing boleh membimbing lebih daripada satu kumpulan. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan mana-mana peserta yang melebihi jumlah anggota yang dinyatakan.
Sekolah yang menerima iPad Program CERDIK digalakkan menghantar sekurang-kurangnya 3 penyertaan.
Aplikasi yang digunakan hanyalah aplikasi-aplikasi di iPad yang telah di ajar semasa bengkel seperti Notes, Safari, Keynote, iMovie, GarageBand, Clips, Reality Composer.
Prototaip hendaklah dihasilkan menggunakan aplikasi Keynote.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta gagal mematuhi syarat pertandingan.
Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan.
Hasil produksi adalah hak milik peserta tetapi pihak urusetia/KPM berhak menggunakan hasil produksi bagi tujuan promosi.
Pihak urusetia berhak membuat perubahan peraturan dan masa pertandingan.
Keputusan hakim adalah muktamad.
PERINGKAT KELAYAKAN
Peserta boleh mendaftar melalui pautan berikut (Google Form). Peserta hendaklah menggunakan ID DELIMa sahaja sewaktu pendaftaran.
Bengkel - Penyertaan bengkel di buka untuk semua murid yang berminat, walaupun tidak akan menyertai pertandingan. Namun peserta yang ingin menyertai pertandingan WAJIB menghadiri setiap sesi bengkel yang diadakan.
Terdapat 7 sesi bengkel untuk peringkat sekolah menengah dan 4 sesi bengkel untuk sekolah rendah. Peserta akan diberi tunjuk ajar secara 'hands-on' tentang kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan prototaip App menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam iPad.
Pertandingan - Setelah selesai kesemua sesi bengkel, peserta yang ingin menyertai pertandingan (secara berkumpulan) perlu menghadiri sesi taklimat pertandingan. Setiap kumpulan hendaklah menyiapkan dan menghantar App Journal, prototaip serta video "Pitching" dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu selewat-lewatnya pada 11 September 2022, 11.59 pm.
5 pasukan terbaik daripada setiap kategori (sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas) akan dipilih untuk ke peringkat yang seterusnya, iaitu "Pitching Session" di mana peserta perlu membuat pembentangan dan mempertahankan idea masing-masing. Pemenang akan diumumkan di akhir sesi tersebut.
Sila rujuk jadual pertandingan untuk tarikh-tarikh penting program .
KRITERIA PEMARKAHAN
PERTANDINGAN
"iOS APP IDEATION CHALLENGE WITH iPAD"
HADIAH DAN ANUGERAH
HADIAH DAN ANUGERAH
Semua penyertaan di peringkat negeri akan menerima sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh JPN negeri masing-masing.
Pasukan yang mewakili negeri masing-masing akan menerima sijil elektronik penyertaan Peringkat Kebangsaan.
Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Pemenang Tempat Pertama: RM 1000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Kedua: RM 500.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Ketiga: RM 200.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Saguhati : RM 90 berserta Sijil X 13 Pasukan
KATEGORI MENENGAH RENDAH
Pemenang Tempat Pertama: RM 2000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Kedua: RM 1000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Ketiga: RM 500.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Saguhati : RM 150 berserta Sijil X 13 Pasukan
KATEGORI MENENGAH ATAS
Pemenang Tempat Pertama: RM 2000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Kedua: RM 1000.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Pemenang Tempat Ketiga: RM 500.00 berserta Sijil dan Hadiah Iringan
Saguhati : RM 150 berserta Sijil X 13 Pasukan
GARIS MASA BENGKEL & PERTANDINGAN
A. BENGKEL PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Bengkel 1 - iOS App Ideation: What is it all about? - 15 Ogos 2022 | Isnin |3.00-4.30 ptg
Bengkel 2 - Brainstorm your iOS App Idea - 16 Ogos 2022 | Selasa |3.00-4.30 ptg
Bengkel 3 - Plan Your App Features - 17 Ogos 2022 | Rabu |3.00-4.30 ptg
Bengkel 4 - Prototyping your App Idea (Part 1) - 18 Ogos 2022 | Khamis |3.00-4.30 ptg
Bengkel 5 - Prototyping your App Idea (Part 2) - 19 Ogos 2022 | Jumaat |3.00-4.30 ptg
Bengkel 6 - Prototyping your App Idea (Part 3) - 22 Ogos 2022 | Isnin |3.00-4.30 ptg
Bengkel 7 - Pitch your Prototype Like a Pro - 23 Ogos 2022 | Selasa |3.00-4.30 ptg
Sesi Taklimat Pertandingan - 24 Ogos 2022 | Rabu |3.00-4.00 ptg
B. BENGKEL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Bengkel 1 - Brainstorm your iOS App Idea - 16 Ogos 2022 | Selasa |3.00-4.30 ptg
Bengkel 2 - Plan Your App Features - 17 Ogos 2022 | Rabu |3.00-4.30 ptg
Bengkel 3 - Prototyping your App Idea - 18 Ogos 2022 | Khamis |3.00-4.30 ptg
Bengkel 4 - Pitch your Prototype Like a Pro - 19 Ogos 2022 | Jumaat |3.00-4.30 ptg
Sesi Taklimat Pertandingan - 19 Ogos 2022 | Jumaat |4.30-5.00 ptg
C. PENGHANTARAN PENYERTAAN
Penghantaran melalui Google Form, selewat-lewatnya pada:
Ahad, 11 September 2022, 11.59pm
D. SESI FINAL PITCHING oleh 5 kumpulan terbaik daripada setiap kategori dan PENGUMUMAN PEMENANG
Isnin, 26 September 2022