Memohon loan MARA boleh menjadi proses yang merumitkan jika tidak dilakukan dengan betul. Namun, dengan panduan yang tepat, proses ini boleh menjadi lancar dan mudah.
Dapatkan Personal Coaching
Langkah pertama adalah dengan mendapatkan personal coaching daripada kami. Langkah ini dapat menjimatkan masa kerana anda akan mendapat maklumat yang tepat dan padat di peringkat awal permohonan. Kami memberikan maklumat yang lengkap untuk anda menyediakan dokumen yang diperlukan.
Berjumpa dengan Pegawai MARA dan Dapatkan Borang
Langkah seterusnya adalah berkunjung ke pejabat MARA terdekat. Pegawai MARA akan membantu anda dengan memberikan borang permohonan dan menerangkan keperluan yang perlu dipenuhi. Pastikan anda mencatat semua maklumat penting yang diberikan oleh pegawai tersebut.
Isi Borang dan Sediakan Dokumen yang Diperlukan
Mengisi borang permohonan dengan betul dan menyediakan dokumen lengkap yang diperlukan adalah sangat penting. Selain itu, anda juga perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan yang penting, termasuk:
Salinan Kad Pengenalan: Pastikan salinan ini jelas dan tidak kabur.
Salinan SSM (Certified True Copy): Salinan SSM yang telah disahkan.
Penyata Bank 3 Bulan: Penyata bank yang menunjukkan aliran tunai syarikat anda dalam tempoh tiga bulan terakhir.
Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira: Dokumen ini penting untuk menunjukkan prestasi kewangan syarikat anda.
Rancangan Perniagaan
Perjanjian sewa premis & lesen PBT
dan dokumen lain yang diminta
Menyediakan penyata untung rugi dan kunci kira-kira boleh menjadi tugas yang rumit dan memerlukan ketelitian.
Mengapa pilih perkhidmatan kami?
1. Pengalaman: Kami mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan bimbingan dan menyediakan dokumen permohonan yang lengkap
2. Kualiti dan Ketepatan: Kami memastikan setiap penyata untung rugi dan kunci kira-kira yang disediakan adalah tepat dan memenuhi semua keperluan MARA.
3. Mudah dan Cepat: Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh menjimatkan masa dan kami akan membantu anda menyediakan dokumen yang lengkap.
Klik button Whatsapp di bawah untuk dapatkan personal coaching SEKARANG!!