Persatuan Urutan Sukan Selangor (SSMA) mula ditubuhkan pada 15 Februari 2023. Antara misi dan visi penubuhan persatuan ini adalah bagi memberi platform kepada pengamal juru urut sukan mendapatkan satu badan pengelola yang mampu mengurus tadbir peranan juru urut sukan di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Peranan Persatuan di dalam melahirkan juru urut sukan yang berkualiti adalah dengan mengadakan kursus dan bengkel kemahiran yang bertaraf antarabangsa kepada ahli serta mengadakan kerjasama strategik dengan Insdutri, NGO dan badan kerajaan bagi mencapai matlamat persatuan.
Kami di Persatuan Urutan Sukan Selangor amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah nilai kemahiran diri untuk bersama-sama kami meneraju dan mencapai matlamat dengan persatuan ini.Â
Anda ingin mendapatkan Sijil Urutan Sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?
Nak sambung belajar, umur dah lebih, masa pula tiada.
Belajar sepenuh masa di dalam bidang urutan sukan memerlukan kos dan komitmen yang tinggi.
Anda ada pengalaman didalam bidang urutan sukan, tetapi tidak tahu cara untuk tukarkan pengalaman anda dengan Sijil Kemahiran Malaysia?