LATAR BELAKANG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan di setiap sekolah sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa, penjaga, dan pihak sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan pendidikan. PIBG berperanan sebagai penghubung penting dalam memastikan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan komuniti setempat. PIBG sekolah ini telah didaftarkan pada 31 Mac 2005 di bawah nama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Muhibbah. Pada 8 Mac 2021, persatuan ini telah bertukar nama kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Seni Malaysia Perak. Persatuan ini telah memainkan peranan yang penting dalam menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemajuan pelajar melalui sumbangan idea, tenaga, dan kewangan. Melalui kerjasama yang berterusan, PIBG bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, membina persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, serta membantu pelajar dalam pembangunan sahsiah, akademik dan kesenian mereka.