Kolej Profesional MARA adalah salah sebuah institut pengajian MARA (IPMa) yang diasaskan oleh Majlis Amanah Rakyat untuk pelajar lepasan SPM yang berstatus Bumiputera. Pada November 2003 Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) iaitu KPM ke-4 telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada Januari 2004. Terdapat 5 buah program yang ditawarkan di KPMSI iaitu:-
i. Diploma in Marketing
ii. Diploma in International Business
iii. Diploma in Business Information Technology
iv. Diploma in English Communication
v. Intensive English Program
Perpustakaan Kolej Profesional MARA Seri Iskandar terletak di aras 1 di Blok Pentadbiran. Ia mampu memuatkan kira – kira 200 pengguna dalam satu masa. Terdapat pelbagai kemudahan dan bahan rujukan disediakan di perpustakaan untuk para pelajar.
Perpustakaan sebagai Penjana Budaya Ilmu dan Bermaklumat Bagi Menjana Aspirasi Kolej Profesional MARA Seri Iskandar dan MARA
Perpustakaan KPMSI beriltizam untuk menjadi perintis dalam menggalak, membangun dan menyebarkan maklumat, pengetahuan yang berinovatif dan kreatif tinggi secara berkesan untuk menyokong usaha MARA membentuk KPM sebagai satu institusi pendidikan yang melahirkan pelajar yang berdaya keusahawanan, perniagaan, berdaya saing dan berdaya tahan.
Perpustakaan KPMSI berhasrat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan warga KPMSI dalam usaha untuk menjadikan KPMSI sebagai institusi pendidikan yang dapat menjana dan menatar ilmu menerusi :-
i) Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta produk media yang berkualiti.
ii) Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.
iii) Menggalakan minat membaca dan mengakses maklumat.
iv) Penyebaran maklumat yang berterusan sejajar dengan keperluan perkhidmatan serta memenuhi keperluan semasa.
Menggalak, membangun dan meningkatkan perkhidmatan maklumat dan pengetahuan dalam bentuk bahan bercetak dan media elektronik serta menyebarkan maklumat secara berkesan, berkualiti serta berterusan kearah melahirkan warga KPMSI yang berketerampilan dan berdaya saing dengan perkembangan semasa.
Bagi mencapai keberkesanan dan kecekapan objektif operasi, strategi yang dicadangkan :
i) Menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bahan bercetak dan media elektronik.
ii) Menyediakan prasarana seperti ruang bacaan, bilik tayangan/media, bilik kerja, ruang perbincangan, bilik komputer, papan kenyataan, sudut galeri, ruang akhbar serta sudut risalah dan majalah.
iii) Membangun koleksi bahan-bahan bagi memenuhi keperluan pengguna.
iv) Menggalak tabiat belajar dan membaca di kalangan pengguna.
v) Menggalak penggunaan teknologi dan computer dalam pembelajaran melalui pencarian maklumat dan portal Pendidikan.