Perpustakaan Kolej Komuniti Beaufort menyediakan Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok daripada Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort. Perkhidmatan ini disediakan oleh Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Beaufort untuk memberi sokongan dan galakan kepada institusi/jabatan yang tidak mempunyai peruntukan untuk perolehan koleksi. Perpustakaan Kolej Komuniti Beaufort telah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan ini dan layak meminjam 200 naskah buku dalam tempoh 3 bulan. Pinjaman ini juga bertujuan untuk menyebarluaskan perkhidmatan yang ada di perpustakaan negeri dan membantu mempelbagaikan koleksi bahan bacaan yang terdapat di Perpustakaan Kolej Komuniti Beaufort.Â