JURNAL AKSES TERBUKA
ENJIN CARIAN MAKLUMAT
e-BOOK
PORTAL TESIS ELEKTRONIK
REPOSITORI
PANGKALAN DATA (U-PUSTAKA)
Senarai Pangkalan Data:
Alkem Digital Library
EBSCO Premier Package
Emerald Backfiles Archives
Emerald Management +175 & Engineering
i-LEARN Ace
iG Library
J-Gate
Mason Crest
myGuru
Odilo - Unlimited Learning Ecosystem
Ookbee Buffet: Baca Tanpa had
Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)
PNM Overdrive
PressReader
KANDUNGAN TEMPATAN (U-PUSTAKA)
The Malaysian Online Journal of Educational Technology (MOJET)
Malaysian Online Journal of Educational Technology (MOJET) adalah jurnal elektronik Malaysia bertaraf antarabangsa yang boleh diakses dalam talian. Ia mengandungi artikel jurnal yang mengupas mengenai isu-isu semasa dalam bidang pendidikan & teknologi pendidikan. MOJET berfungsi sebagai forum untuk penyelidik, staf dan pelajar untuk membangkitkan isu-isu merentasi batas disiplin dan memudahkan pertukaran pandangan dalam bidang teknologi pendidikan. Kekerapan penerbitan: Suku Tahunan / setiap tiga bulan / 4 terbitan setiap tahun (Januari, April, Julai, Oktober).
Menemui Matematik = Discovering Mathematics
Menemui Matematik (Discovering Mathematics) (ISSN 0126-9003) adalah jurnal akses terbuka dan salah satu penerbitan unggulan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan diterbitkan dua kali setahun (satu jilid setahun). Ia diterbitkan bersama oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Ia menerbitkan makalah penyelidikan asli dan artikel tinjauan mengenai semua bidang matematik tulen, matematik terapan dan pendidikan matematik.
The Malaysian Online Journal of Educational Sciences (MOJES)
The Malaysian Online Journal of Educational Sciences (MOJES) (eISSN: 2289-3024) adalah e-jurnal berwasit, jberkaitan bidang sains pendidikan yang diterbitkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. MOJES berfungsi sebagai forum untuk penyelidik, staf dan pelajar dalam membangkitkan isu-isu merentasi batasan disiplin dan memudahkan pertukaran pandangan dalam bidang sains pendidikan. Jurnal ini diterbitkan secara elektronik dengan kekerapan empat kali setahun. Di sini, anda boleh membuat carian, melayari kandungan dan memuat turun artikel jurnal dalam format PDF
Malaysian Journal of Sport Science and Recreation (MJSSR)
Malaysian Journal of Sport Science and Recreation (MJSSR) mengandungi artikel jurnal yang berkaitan dengan sains sukan, pengurusan sukan dan rekreasi, dan juga pengembangan sukan. E-jurnal ini diterbitkan oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM.
E-Journal of Islamic Thought And Understanding (E-JITU)
E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU) adalah jurnal berwasit yang diterbitkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka dengan kekerapan dua kali setahun. Skop jurnal ini adalah: Komunikasi Islam, Muamalat, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan Kewangan, Syariah dan Undang-Undang, Undang-undang Islam dan Sistem Kehakiman, Sains dan Pengurusan Halal, Tamadun Islam, Pemikiran Islam, Agama Perbandingan, Pendidikan Islam & Pentadbiran dan Pengurusan Islam.
Jurnal Refleksi Kepemimpinan
JURNAL REFLEFSI KEPEMIMPINAN merupakan jurnal yang diterbitkan oleh IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan. Jurnal penyelidikan ini memberi fokus terhadap refleksi amalan pengurusan dalam sebuah organisasi atau proses pengajaran dan pembelajaran sebagai pendidik. Jurnal ini turut memberi penekanan terhadap penulisan yang tidak melibatkan data numerik namun penulisan adalah dalam bentuk ilmiah. Jurnal ini merupakan Jurnal Berwasit dan boleh diakses secara percuma dalam talian.
Gendang Alam
Gendang Alam diterbitkan sekali setahun oleh Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Jurnal ini menerbitkan hasil penyelidikan yang dijalankan sarjana dan penyelidik dalam bidang pengajian seni, termasuk aspek seni visual, kraf tangan, busana, penulisan kreatif, sastera, drama, tarian dan muzik.
BAB DALAM BUKU - PELESTARIAN WARISAN MAKANAN TRADISIONAL MELAYU
Hasil usaha berterusan Jabatan Warisan Negara dan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA dalam memartabat dan melestari makanan tradisional Melayu agar tidak pudar dan terus diwarisi dari generasi ke generasi, maka terhasillah satu lagi bab dalam buku. Atas kepentingannya, buku ini mengandungi beberapa bab yang sangat relevan dalam konteks makanan tradisional Melayu.
E-Buku Percuma Terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis
Memaparkan senarai e-buku percuma terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis khusus untuk bacaan anda.
DidikTV : TV Pendidikan rasmi Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
DidikTV KPM merupakan TV Pendidikan melalui rangkaian televisyen pendidikan Malaysia yang dimiliki, dihasilkan dan dikendalikan oleh usaha sama antara Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Media Prima Berhad. Rangkaian ini akan menyiarkan program pendidikan untuk pelbagai mata pelajaran sekolah.