Prosedur Permohonan ISSN / ISBN

Permohonan ISBN / ISSN secara online dengan melayari link yang tertera.

๐ˆ๐’๐’๐ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐’๐๐, ๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐๐„๐™๐€๐€๐๐๐˜๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐‹๐”๐Š๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐€?

International Standard Serial Number (ISSN) merupakan nombor yang mengandungi lapan (8) angka digunakan bagi penerbitan bahan terbitan berkala atau bersiri sementara International Standard Book Number (ISBN) digunakan bagi bahan terbitan tidak berkala.

Kedua-dua nombor ISSN dan ISBN ini bertujuan untuk direkod dan memudahkan pengesanan bahan-bahan terbitan bagi sesebuah negara. Contoh penerbitan yang menggunakan ISBN adalah buku sementara ISSN digunakan kepada bahan terbitan seperti surat khabar, majalah, buletin, jurnal dan lain-lain. Dengan kata mudah, ISSN digunakan bagi bahan terbitan berkala atau bersiri yang mempunyai kekerapan judul yang konsisten serta bertujuan untuk diterbitkan sehingga suatu masa yang ditetapkan.

Bagi negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan yang mengeluarkan ISSN bagi bahan terbitan bersiri di Malaysia bermula pada Jun 1976. Penerbit sama ada penerbit daripada jabatan atau agensi kerajaan, swasta mahupun penerbit daripada badan-badan bukan kerajaan hendaklah memohon ISSN ini bagi memastikan setiap terbitan direkod dalam terbitan negara. Nombor ini boleh dimohon secara percuma dan mudah melalui

๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ:๐๐ž๐ฉ๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข.๐ฉ๐ง๐ฆ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/


๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐ˆ๐’๐๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐๐€ ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐€๐ƒ๐€?

International Standard Book Number (ISBN) merupakan nombor piawaian antarabangsa yang mempunyai 13 angka dan unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit di mana-mana negara. Nombor ISBN ini diperolehi daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Setiap negara di dunia mempunyai sebuah pusat bagi pengeluaran nombor ISBN ini bagi negara berkenaan.

Di Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi pengeluaran nombor ISBN bagi negara ini mulai Ogos 1982. Bagi sesetengah negara, nombor ISBN dijual dengan harga tertentu, walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia memberikan nombor ini secara percuma kepada penerbit yang mendaftarkan buku terbitan mereka dengan nombor ini.

Bagi memastikan setiap buku didaftarkan sebagai terbitan dalam negara, ๐ฌ๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐›๐ข๐ญ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐š๐๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐›๐ข๐ญ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐š๐ ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง, ๐ฌ๐ฐ๐š๐ฌ๐ญ๐š, ๐›๐š๐๐š๐ง-๐›๐š๐๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ก๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐›๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ข๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ hendaklah mendaftarkan buku terbitan dengan nombor ISBN ini. Sebelum ini, permohonan bagi mendapatkan nombor ISBN dibuat secara mengisi borang fizikal dan juga melalui e-mel. Mulai 25 Januari 2021, permohonan ISBN boleh dimohon dengan lebih mudah melalui ๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐๐ž๐ฉ๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข.๐ฉ๐ง๐ฆ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/