Sejarah Sekolah

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Klang.

Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya diwakafkan oleh Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh Islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.

Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya (bekas Pusat Pengajian Persediaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan seterusnya ke Bangi menjadi Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi dilaksanakan di Klang.

Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menjadi sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama Kolej Islam Kelang.

Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini. Pada tahun 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan. Pada tahun 2008 KISAS telah diberi penarafan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan pada pada tahun 2010 KISAS telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Pertama.

Visi Sekolah

Melahirkan Generasi Ulul Albab Yang Bertaraf Dunia

Misi Sekolah

Menyediakan Program Pendidikan yang Berkualiti Bagi Memenuhi Aspirasi Murid yang Terkandung Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Motto Sekolah

Bersama Merangkul Keunggulan


Prasarana Pusat Sumber & Bilik Khas

Kaunter Sirkulasi

Ruang Pameran

Ruang Guru & Tetamu

Bilik Media

Pusat Akses

Sudut Dokumentasi / Anugerah

Rak Buku

Bilik Tayangan Utama (BTU)

Ruang Pembacaan

Centre of Excellence (COE)

Galeri Mini / Rak Buku

Bilik Alat Pandang Dengar (APD)

Bilik Self Access Centre (SAC)

Dewan Ulul Albab (DUA)