Penyelidikan ILKKM Sultan Azlan Shah
Jawatankuasa Penyelidikan ILKKM Sultan Azlan Shah merupakan jawatankuasa di bawah Unit Penilaian & Kualiti ILKKM SAS.
Jawatankuasa ini bertujuan membantu menyediakan panduan kepada Jawatankuasa Akademik dan Komuniti ILKKM Sultan Azlan Shah dalam perancangan strategi, polisi & pendekatan aktiviti penyelidikan di ILKKM Sultan Azlan Shah
Membuat ulasan polisi, prosidur, strategi dan sumber ILKKM SAS yang berkaitan dengan penyelidikan dan mengesyorkan perubahan dan perlaksanaan pembangunan bagi pihak Jawatankuasa Akademik.
Menasihati Jawatankuasa Akademik mengenai pengurusan aktiviti penyelidikan ILKKM SAS serta menggalakkan kecemerlangan dan pengembangan dalam penyelidikan di ILKKM SAS.
Mempertimbangkan dan membuat cadangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan dan berkomunikasi dengan Jawatankuasa Etika mengenai pemantauan dan tinjauan aktiviti penyelidikan.
Mengawasi analisis dan penanda aras aktiviti penyelidikan dan kesan.