Ciri Ciri Abstrak yang Baik dalam Kajian Tindakan
Keperluan menulis abstrak yan baik adalah seperti berikut:
a) Abstrak yang baik perlu ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada. Abstrak ditulis dalam satu perenggan sahaja.,
b) Abstrak ditulis mestilah tidak melebihi 200-300 patah perkataan dalam satu halaman ditulis secara ringkas, tepat dan padat dalam satu perenggan,
c) Abstrak haruslah mengandungi masalah untuk diselesaikan, cara menyelesaikan, proses selidik dan hasil yang diperolehi,
d) Abstrak kajian tindakan mengandungi elemen-elemen tujuan kajian, metodologi kajian (kumpulan sasaran- tindakan yang dilaksanakan serta cara
mendapatkan data), fokus kajian (isu kajian), tinjauan awal, pelaksanaan kajian serta dapatan kajian atau kesimpulan kajian.
Pertimbangan Peserta
Abstrak dalam penyelidikan tindakan adalah laporan penyelidikan untuk memudahkan pembaca mendapat gambaran keseluruhan berkaitan penyelidikan yang dilaksanakan.
Pastikan dalam penulisan abstrak, elemen-elemen utama dimasukkan untuk menghasilkan penulisan abstrak yang jelas, ringkas dan padat.