INFORMASI TERKINI

PEMBUKAAN SISTEM PERMOHONAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) TAHUN 2022


Pekeliling Pendaftar Bil 17 tahun 2018 bertarikh 1 Mac 2018 mengenai Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan di Seluruh Negara adalah dirujuk.

2. Permohonan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi tahun 2022 akan dibuka bermula 4 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021. Sehubungan itu, staf boleh memohon waktu bekerja berperingkat dan perlu diluluskan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh berkenaan.

Permohonan dibuat secara dalam talian pada pautan hr2u.uitm.edu.my. - Pengurusan Waktu Bekerja - Permohonan Waktu Bekerja Berperingkat

WP yang diluluskan bagi tahun 2022 adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.