PENGENALAN
Pembangunan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia ialah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berdasarkan agenda penting ini, guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum diperoleh pelajar di sekolah. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik, menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar untuk belajar. Vallance (2000) mengemukakan empat ciri guru berkualiti, iaitu pengurusan bilik darjah yang baik, komitmen guru untuk terus memperbaiki diri mereka, guru yang menyayangi pelajar dan komitmen guru terhadap para pelajar mereka. Durr (2008) pula melaporkan bahawa badan yang bertanggungjawab dalam standard pengajaran di Amerika Syarikat, iaity National Board for Professional Teaching Standards (NBPTS) percaya bahawa guru berkualiti merupakan guru yang komited terhadap pelajar dan pengajaran, berpengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran dan tahu bagaimana untuk mengajarkannya kepada pelajar mereka, mengurus dan mengawasi pembelajaran pelajar, sentiasa merefleksi pengajarannya dan ahli dalam komuniti pembelajaran. Dalam melahirkan guru yang sedemikian suatu penilaian dan penyelidikan secara dinamik terhadap kurikulum bilik darjah perlu dilaksanakan oleh guru.
PENUTUP
Kesimpulanya, kurikulum memainkan peranan yang besar kepada masyarakat dan negara terutamanya dalam bidang pendidikan. Perubahan masyarakat dan sistem pendidikan selalunya berkaitan dengan keperluan dan tuntutan perkembangan semasa terutama dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Bidang pendidikan mempunyai fungsi dan pengaruh sosial yang besar dan ketara pada anggota masyarakat. Di Malaysia, kurikulum adalah proses merencana, memandatkan, menyepadukan, mentafsirkan isi ataupun maksud, matlamat dan objektif kurikulum. Semua sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta mengikuti perubahan yang berlaku secara serius supaya masyarakat yang di bina melalui pelaksanaan kurikulum berfungsi kepada negara. Dalam pembentukan masyarakat yang seimbang dalam jasmani, rohani, mental dan fizikal sebenarnya perlu dibentuk sejak kecil lagi. Oleh itu, perubahan paradigma dalam penilaian dan penyelidikan kurikulum perlu diberi perhatian sewajarnya supaya bersesuatan dengan kehendak negara iaitu melahirkan insan yang berkualiti dan dapat memenuhi tenaga kerja kepada negara.
Disediakan oleh-
KU SHIN NI (L20222014342)
SERISTINA BINTI SIMPIR (L20222014314)
NURUL SHAMIHA BINTI MUHAMMAD NADZRI (L20222014338)
ASYROF HADI BIN SHIFUL ANNUAR (L20222014325)
ALVIESYHERRA JAIDI ( L20222014408)
KU SHIN NI
(L20222014342)
SERISTINA BINTI SIMPIR
(L20222014314)
NURUL SHAMIHA BINTI MUHAMMAD NADZRI
(L20222014338)
ASYROF HADI BIN SHIFUL ANNUAR
(L20222014325)
ALVIESYHERRA JAIDI
( L20222014408)