Hari Rabu,06hb March 2024. Diucapkan tahniah kepada salah seorang pegawai BPPB yang telah selesai menghadiri kursus bagi menjadi salah seorang ahli ASEAN ERAT. Dengan adanya kejayaan seperti ini maka dapatlah meningkatkan competency dalam pengurusan bencana ditahap nasional mahupun peringkat luar negara.
Hari Khamis,29hb Februari 2024. Dalam keadaan cuaca kering yang dijangkan dari bulan Februari hingga Mac 2024, mesyuarat DDMC diadakan untuk membincangkan persediaan menghadapi kebakaraan hutan gambut.
Hari Rabu,01hb Februari 2024. Mesyuarat diadakan bersama Jbtn Perancang Bandar dan Desa dan Jbtn Perumahan Belait untuk membincangkan mengenai tapak-tapak yang bersesuaian bagi aktiviti perniagaan gerai dikawasan Daerah Belait untuk dihadapkan kepada Kumpulan Betindak MKPKPRG.
Hari Sabtu,04hb Februari 2024. Untuk mejaga kesejahteraan dan keselamatan penduduk di Daerah Belait, Operasi penangkapan anjing akan dilaksanakan. Maka orang awam dipohonkan untuk memberikan kerjasama agar tidak mengganggu kakitangan yang bertugas dan juga adalah dilarang sama sekali merosakan harta benda kerajaan semasa perangkap bekenaan diletakan ditempat awam.
Hari Khamis,02hb Feburari 2024. Pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan melalui media sosial mengenai dengan operasi pemindahan anjing liar ke tempat perlindungan haiwan secara rasmi. Maka Jabatan Daerah Belait menyambut baik dengan arahan bekenaan dan akan memulakan kerja-kerja menyediakan perangkap anjing bagi mana-mana kawasan yang dibuat aduan dan akan memindahkan ke kawasan yang dimaksudkan.
Hari Khamis,16hb Januari 2024. Mencantikan dan membersihkan kawasan Barek Lorong tiga Seria, BPPB dan Bhg Kemajuan dan pemilharaan JDB telah menyiapkan 8 tapak pembuangan sampah besimen dan juga disediakan skip sampah khusus bagi mengelakan sampah domestik diganggu oleh binatang hingga beselerakan.
Hari Isnin,11hb December 2023. Sebagaimana kuasa yang diberikan bagi mempastikan kedai Establishmen Kecantikan dan Kesihataan mematuhi undang-undang melalui operasi sepadu dengan Pusat Kesihataan Belait telahpun diadakan. Selain itu juga , kawasan sekeliling bangunan kedai juga diperiksa mengunakan akta BCO penggal 57.
Hari Khamis,12hb October 2023. Dalam meningkatkan keupayaan operasi dan kapasiti dalam bentuk logisitik, pihak NDMC telahpun menyediakan beberapa buah perahu untuk diserahkan kepada pihak DEOC. Kegunaan perahu-perahu tersebut dapat membantu hal ehwal pengurusan dan tidakan bagi persediaan, semasan selepas menghadapi bencana di Daerah ini.
Hari Rabu,02hb Ogos 2023. DPC adalah rakan yang berkepentingan bagi membantu usaha-usaha mengurangkan risiko bahaya bagi kawasan-kawasan kampung yang dikenalpasti dan juga membantu sebagai kumpulan pengerak dalam bantuan-bantuan kemanusian semasa bencana. Melalui pejumpaan ini adalah dapat mengenali antara satu dengan yang lain dan seterusnya menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membawa hala tuju kumpulan ini dimasa yang akan datang.
Hari Sabtu, 05hb Ogos 2023. Memandangkan kawasan barek dan flat didapati sampah berselerakan dan kotor maka satu perjumpaan dengan syarikat pengangkutan sampah yang ditawarkan oleh Jabatan Daerah ini untuk mendapatkan pandangan dan penyelesaian. Dari hasi perjumpaan tersebut beberapa cara yang dapat mengatasi masalah sampah berselerakan dengan mengunakan skip sampah besar yang teratur bagi mengelakan diganggu oleh binatang liar dan dapat menampung kuantiti sampah yang banyak.
Hari Khamis, 05hb Septmber 2023. melalui Talimat ini dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan kitar semula pada usia awal, Pejabat Daerah Belait dengan kerjasama Green Depot dan Kementerian Kesihatan telah mengadakan taklimat kebersihan kepada 70 pelajar Tahun 3 di Sekolah Rendah Chung Ching, Seria.
Hari Khamis, 01hb Ogos 2023. Satu projek bagi penambah baikan ( business reengeneering process) bahagian ini dengan menubuhkan unit di MPK iaitu unit kejiranan penguatkuasaan alam sekitar. Dengan ada unit ini ianya dapat memperkasakan masyarakat untuk lebih rasa bertanggungjawap untuk mempastikan kawasan kampung adalah bersih, indah dan cantik.
Sebanyak 11 orang ahli baru yang terpilih di Kampung Lorong Tiga Seria sebagai pilot projek dasar ini.
Hari Khamis, 13hb Julai 2023. Mesyuarat yang sudah diadakan kali kedua ini adalah bagi persediaan bagi Majlis Ramah Mesra KDYMM ke Daerah Belait pada hari Sabtu 22hb Julai 2023. Ahli-ahli terdiri daripada Polis DiRaja Brunei, ABDB, EMAS, Bomba, JKDN, Jabatan Sekolah-Sekolah, PEWIRA, JBSKL dan JBKBS.
Dalam perancangan tindakan masing-masing dibentangkan dan diberikan ulasan oleh ahli-ahli bagi meningkatkan lagi penambahbaikan.
Hari Sabtu, 15 Julai 2023, Banjir Dataran yang masih belaku dalam minggu ini akan dilawati oleh YB Dato , Menteri KHEDN. Maka dalam memastikan program lawatan bejalan dengan baik. Pmk Do mengadakan tinjauan ke tempat-tempat yang dicadangkan untuk dilawati oleh YB Dato.
Alhamdulillah Banjir Dataran menampakan akan semakin surut. Tinjauan juga memperolehi maklumat yang beguna dan kerjasama dengan Pihak Bomba juga sangat baik.
Setelah pelbagai usaha menjalinkan hubungan dengan NDMC bagi menyediakan bekalan-bekalan logistik bagi kerja-kerja operasi untuk pemandaman kebakaraan Tanah Gambut di Daerah Belait ini berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang bagi persediaan El-Nino serta keadaan cuaca yang kering mendatang.
Insyallah dengan logistik yang cukup dan tersedia awal itu nanti agar dapat mengurangkan risiko bahaya kebakaraan hutan gambut.
Alhamdulillah Jalan Raya yang sering ditengelami oleh banjir Dataran ( banjir yang melimpah tidak dapat ditampung oleh Sungai dan parit) bagi kawasan-kawasan pendalaman di Mukim Bukit Sawat dan Mukim Labi yang menyebabkan jalan terputus dalam waktu yang lama untuk surut telahpun diluluskan dengan mengunakan peruntukan menagani risiko bencana alam dibawah kendalian Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Daerah Belait.
Rabu 15hb Mac 2023, Live excercise bagi melatih prosedure LLIA-IERP ini digunakan agar dapat menjadi rujukan mana mana Bencana Industri yang dihadapi di kawasan Liang Lumut Industrial Area.
Melalui Latihan ini dapat membantu integrasi Prosedure NaSOP dengan LLIA-IERP agar koordinasi, chain of command dan komunikasi antara respond team kerajaan dan respond team pihak swasta dapat disatukan agar ianya selaras dengan tujuan yang sama.
Dalam latihan ini mengariskan Incident Action Plan kepada 4 Objektib utama iaitu mempastikan pemadaman api di logi BMC dapat dipadamkan dengan segera, pemindahan penduduk kampung yang terjejas ke tempat Pusat Penempatan Sementara Evakusai (PPSE) yang dikenalpasti dipindahkan dengan segera dan teratur, prosedure Respond Plan bagi syarikat-syarikat yang terlibat diteruskan dan mempastikan Business continuity Plan (BCP) bagi logi-logi yang berkepentingan untuk negara masih beroperasi dan mempastikan anggota keselamatan menjalankan tugas dengan selamat dan mengunakan alat kelengkapan yang sesuai.
Latihan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari, keseluruhan latihan memberikan keberkesanan yang baik kepada semua pihak yang terlibat.
Hari Isnin,20hb Februari 2023. Penambahan rakan kongsi maklumat di kampung-kampung Daerah Belait membolehkan kerja-kerja penguatkuasaan lebih meluas dalam mendapati pesalah-pesalah yang membuang sampah sewenang-wenangnya dikawasan Awam dengan dikenakan denda kampound dibawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021.
Lebih kurang 25 orang Majlis Perundingan Mukim dan kampung telah pun menamatkan taklimat bekenaan dan diberikan sijil selesai sahaja taklimat.
Khamis 16hb Mac 2023, Majlis membaca Tahlil dan Membaca Doa Arwah bagi kakitangan BPBB yang telah meninggal Dunia bersama-sama dengan kakitangan di bahagian-bahagian lain Jabatan Daerah Belait. Majlis ini juga diadakan sebelum Negara kitani mengerjakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Dengan adanya majlis sebegini dapat lagi mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama pegawai dan kakitangan di BPPB.
Diucapkan Selamat Berpuasa kepada saudara-saudara Islam.
Dalam sama-sama menyambung Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba. Kakitangan BPPB diraikan bersama dengan pemberian sempena Sambutan Hari Raya pada tahun ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti dan curahan tenaga yang tidak mengira masa semasa menjalankan tugas sebagai penguatkuasaan dan mengawalan lesen-lesen di kawasan kawalan Jabatan Daerah Belait.
Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Pegawai dan kakitangan BPPB.
Persediaan peringkat Daerah Belait dalam membuat persediaan menghadapi Kebakaraan hutan gambut ketika negara kita menghadapi cuaca kering dan turunan hujan yang berkurangan.
Menagani secara bersama dengan setiap agensi kerajaan dan pihak Swasta ( Whole Nation Approach ) adalah diharapkan agar pengurusan dan pengawalan kebakaraan hutan gambut di Daerah ini dapat ditangani secara teratur dan berkesan.