PROFIL SEKRETARIAT LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN (LPP)
PROFIL SEKRETARIAT LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN (LPP)
SEKRETARIAT LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN
Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan merupakan sektor yang bertanggungjawab di dalam perkara berkaitan penguatkuasaan Akta 180 (Pembantu Perubatan) dan juga urusan aduan pelanggan. Sektor ini terdiri dari 3 unit utama iaitu Unit Pendaftaran dan Pembaharuan, Unit Pewartaan dan Unit Kawalan Amalan dan Aduan.
A. UNIT PENDAFTARAN & PERAKUAN PEMBAHARUAN TAHUNAN
Memastikan mana-mana individu yang berhak (memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Akta 180) didaftarkan sebagai Pembantu Perubatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
Memastikan senarai nama Pembantu Perubatan yang berdaftar .
Memastikan semua Pembantu Perubatan yang menjalankan amalan mempunyai Perakuan Pembaharuan Tahunan.
Memastikan langkah-langkah tindakan memotong nama dari daftar nama Pembantu Perubatan mengikut Seksyen 14 Akta 180 Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 jika berkaitan.
B. UNIT PEWARTAAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI
Bertanggungjawab di dalam memastikan semua Pembantu Perubatan yang telah didaftarkan di dalam daftar Pembantu Perubatan disiarkan di dalam warta selepas 1 Januari dan tidak lewat dari 31 Mac setiap tahun.
Memastikan mana-mana Pembantu Perubatan yang telah hilang kelayakan sebagai Pembantu Perubatan bila mana namanya telah dipotong dari daftar disiarkan di dalam warta untuk makluman umum.
Memastikan nama mana-mana Pembantu Perubatan yang didaftarkan semula di dalam daftar Pembantu Perubatan di siarkan di dalam warta untuk makluman umum.
Memastikan semua Pembantu Perubatan Berdaftar memperbaharui Perakuan Pembaharuan Tahunan yang sah dan kompeten dalam menjalankan amalan selaras dengan kehendak Akta 180 dan Peraturan-peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979.
Membantu Pembantu Perubatan yang terlibat di dalam memperbaharui Perakuan Pembaharuan Tahunan supaya tidak dipotong nama daripada daftar.
C. UNIT KAWALAN AMALAN, ADUAN & SEKRETARIAT
Mengawalselia Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979 sedia ada serta menyelaras sebarang pindaan terhadap akta dan peraturan tersebut.
Menyelaras perlantikan Ahli Lembaga Pembantu Perubatan (LPP) dan bertindak sebagai urusetia kepada Mesyuarat LPP.
Menyelaras proses pembangunan Rang Undang-Undang Penolong Pengamal Perubatan.
Menyelaras dan melaksanakan proses berhubung urusan pemotongan nama dari daftar Pembantu Perubatan terhadap Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang tidak memperbaharui Perakuan Pembaharuan Tahunan (PPT).
Menyelaras terhadap aduan-aduan berkaitan Penolong Pegawai Perubatan.