LEMBAGA PEMBANTU HOSPITAL ESTET

FUNGSI

  1. Mendaftar Pembantu Hospital Estet Percubaan kepada mereka yang layak mengikut syarat yang ditetapkan dalam Akta dan Peraturan Pembantu Hospital Estet 1965.

  1. Mengendalikan Peperiksaan Pembantu Hospital estet pelbagai gred gred I, II , III setiap tahun serta mengeluarkan sijil kepada mereka yang telah lulus.

  1. Memastikan Pembantu Hospital estet mempunyai kelayakan sebelum memasuki perklhidmatan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia

  1. Membuat pemantauan berkala Hospital / klinik estet bagi memastikan keperluan standard minima yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

  1. Memberi penerangan / maklumat kepada Pembantu Hospital Estet dan lain lain institusi mengenai penyalah amalan ( malpractice ) oleh majikan dan Pembantu Hospital sendiri

  1. Pembantu Hospital estet hanya boleh bekerja diklinik / Hospital Estet, ladang dan sektor perlombongan sahaja.