IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Pada tahun 10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW bersama-sama seratus kaum Muslimin telah ke Mekkah bagi menunaikan ibadah haji. haji yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu merupakan haji yang terakhir dan disebut juga sebagai haji Wada' yang bermaksud haji perpisahan. Ketika berada di padang Arafah itulah, Allah telah menurunkan wahyu-Nya yang terakhir kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga telah menyampaikan khutbah Wada' yang merupakan pesanannya yang terakhir buat kaum Muslimin. Rasulullah SAW jatuh sakit. baginda menderita demam dan sakit kepala yang teruk sehingga tidak dapat menjadi imam ketika berjamaah di masjid bersama-sama para sahabatnya. Keadaan Rasulullah SAW yang uzur itu menyebabkan para sahabatnya sedih dan bimbang. Abu Bakar yang merupakan sahabat dan bapa mertua Rasulullah SAW terlalu bimbangkan kesihatan baginda sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu menyayanginya. Rasulullah SAW lalu melantik Abu Bakar untuk menggantikan dirinya sebagai imam solat. Pada suatu hari, sakit yang dialami Rasulullah SAW semakin teruk sehingga baginda tidak dapat bangun. isteri Rasulullah SAW iaitu Aisyah lalu meletakkan suami yang disayanginya itu di pangkuannya. turut kelihatan di situ ialah anak baginda yang bernama Fatimah yang setia menjaga ayahnya. Rasulullah SAW lalu memanggil Fatimah dan membisikkan sesuatu menyebabkan anaknya itu menangis. namun setelah sekali lagi dibisik, Fatimah sebaliknya tersenyum gembira pula. Aisyah yang kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah : "ya Fatimah, apakah yang dibisikkan oleh Rasulullah SAW kepadamu?" Fatimah lalu menjawab : "ayah berkata bahawa umurnya sudah tidak lama lagi untuk meninggalkan kita, itulah yang membuatku sedih dan menangis. bisikan kali kedua pula ayah berkata bahawa akulah manusia pertama yang akan dijumpai dahulu di syurga. itulah yang membuat aku tersenyum dan gembira." Tidak lama selepas itu Rasulullah SAW pun menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah. Aisyah lalu menyampaikan berita sedih itu kepada para sahabat yang ramai berkumpul di rumah mereka. Berita kewafatan Rasulullah SAW telah mengejutkan para sahabat. ramai yang tidak mempercayai berita tersebut. antara mereka yang tidak dapat menerima berita tersebut ialah sahabat baik RAsulullah SAW iaitu Umar sendiri. Umar yang tidak dapat menerima kenyataan kewafatan Rasulullah SAW berteriak sambil menghunuskan pedangnya : "siapa yang menyatakan Muhammad sudah meninggal dunia, aku akan pancung lehernya." Akhirnya para sahabat termasuk Umar terpaksa menerima hakikat bahawa Rasulullah SAW telah wafat .
NABI ZAKARIA ALAIHISSALAM
Terdapat dua pendapat tentang kisah kewafatan Nabi Zakaria AS. Salah satunya ada yang mengatakan bahawa Nabi Zakaria AS terbunuh oleh kaumnya. Nabi Zakaria AS adalah ayah dari Nabi Yahya AS yang berasal dari Bani Israil. Al-Hafizh Abul Qasim Ibnu Asakir dalam kitabnya menyebutkan bahawa Nabi Zakaria AS bernama Zakaria bin Berekhya. Ada juga yang mengatakan, Zakaria bin Dan. Pendapat lainnya menyebutkan, Zakaria bin Ladun bin Muslim bin Shaduq bin Hasyban bin Daud bin Sulaiman bin Shadiqah bin Balathah bin Nahor bin Solom bin Bahfasyat bin Inamen bin Rahiam bin Sulaiman bin Daud. Daripada Kitab Qashash Al-Anbiyaa' (Kisah Para Nabi) karya Imam Ibnu Katsir yang menukil pendapat dari Wahab bin Munabbih, ada berbagai versi keterangan mengenai bagaimana Nabi Zakaria AS meninggal. Beberapa di antaranya menyebut, Nabi Zakaria AS meninggal secara wajar tetapi ada pula yang menyebut karena dibunuh. Bagi pendapat pertama yang bersumberkan dari riwayat Abdul Mun'im bin Idris bin Sinan dari ayahnya yang meriwayatkan dari Wahab bin Munabbih dari Mukhtashar Tarikh Dimasyqa. Wahab menceritakan, saat itu Nabi Zakaria AS tengah melarikan diri dari penganiayaan yang dilakukan oleh kaumnya.Kisah Bapa Dan Anak dalam Al-Quran karya Adil Musthafa Abdul Halim, Nabi Zakaria AS melarikan diri ke sebuah kebun yang ditumbuhi pepohonan di Baitul Maqdis. Pepohonan yang ada di sana tersebut memanggilnya, "Wahai Nabi Allah, silakan datang ke dekatku." Ketika Nabi Zakaria AS mendekati pepohonan tersebut membuka dirinya dan memungkinkan Nabi Zakaria AS bersembunyi di dalamnya. Setelahnya, Nabi Zakaria AS dikisahkan masuk ke dalam sebuah pohon. Saksi mata, iblis, melihat ini dan mengambil sepotong kain dari pakaian Nabi Zakaria AS. Ia membawa kain tersebut keluar dari tumbuhan untuk membuktikan keberadaan Nabi Zakaria AS kepada kaum yang mencarinya. Hingga pada akhirnya, kaumnya tersebut mengetahui keberadaan Nabi Zakaria AS. Mereka pun memutuskan untuk menebang pohon tersebut dengan menggergajinya. "Setelah kaumnya mengetahui bahwa dia berada dalam pohon tersebut, mereka mengambil gergaji dan mulai menebang pohon itu," demikian cerita dari Wahab. Ketika gergaji tersebut hampir mengenai Nabi Zakaria AS, Allah SWT memberikan wahyu untuknya, "Apabila jeritanmu tidak berhenti, maka Aku akan membalikkan negerimu dan semua orang yang ada di atasnya." Pada ketika itulah, menurut riwayat dari Wahab, jeritan Nabi Zakaria AS berhenti dan pohon pun terbelah menjadi dua bersamaan dengan Nabi Zakaria AS. Sementara itu, pendapat lainnya berasal dari Ishaq bin Bisyr yang meriwayatkan dari Idris bin Sinan, dari Wahab bin Munabbih. Wahab mengatakan, "Orang yang diselubungi oleh pohon tersebut adalah Yesaya, sementara Zakaria meninggal dunia secara wajar.
NABI YUSUF ALAIHISSALAM DAN SUNGAI NIL
Yusuf AS menyedari bahawa nikmat yang diberikan Allah SWT kepadanya telah sempurna, yakni menjadi nabi, dengan dirinya yang telah berkumpul lagi dengan keluarganya, serta menjadi penguasa Mesir, beliau juga sadar bahawa kehidupannya di dunia adalah fana.
Justeru, Yusuf AS memohon kepada Allah SWT agar diwafatkan dalam keadaan memeluk Islam dan berharap kelak dipertemukan dengan hamba-hamba-Nya yang soleh. Doa Nabi Yusuf ini Allah SWT rakamkan di dalam al-Quran:
““Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.”
(Surah Yusuf: 101)
Sebelum Yusuf AS wafat, Allah terlebih dahulu mewafatkan Nabi Yaqub. Dijelaskan bahwa Nabi Yaqub menetap di Mesir bersama Yusuf AS selama 17 tahun. Sebelum wafat, Nabi Yaqub berwasiat kepada Yusuf agar mengebumikannya di wilayah Syam di sisi makam bapa saudaranya dan ayahnya, iaitu Ibrahim dan Ishaq. Demikian Nabi Yaqub pun wafat pada usia sekitar 140 tahun.
Beberapa tahun setelah kepergian ayahnya, Yusuf AS juga dipanggil Allah SWT ke hadapannya. Beliau wafat dan juga dikebumikan di tempat pemakaman orang tuanya. Yusuf AS diketahui wafat pada usia 120 tahun.
Mengenai tempat dimakamkannya nabi Yusuf AS, Rasulullah SAW pernah menyebutkan dalam sebuah hadis yang sahih.
Bahawa pernah suatu hari, Nabi Musa As hendak ingin keluar dari Mesir, mengeluarkan jenazah Nabi Yusuf dari makam di dalam air kemudian membawanya ke Baitul Maqdis.
Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Hakim dalam Mustadraknya dari Abu Musa, bahawa Nabi SAW bersabda:
Bani Israil berkata: “Dahulu ketika Nabi Yusuf hendak menghadapi ajalnya, sebenarnya ia telah mengambil janji Allah atas kami iaitu perjanjian agar kami tidak pergi keluar dari Mesir sampai kami memindahkan jenazahnya bersama kami.”
Mendengar hal itu Nabi Musa bertanya: “Siapa diantara kalian yang mengetahui makam Nabi Yusuf?”
Lalu mereka menjawab: “Yang tahu makam beliau hanyalah seorang wanita tua dari Bani Israil.”
Kemudian Nabi Musa meminta wanita tua itu untuk dihadirkan dan ketika sudah bertemu dengan wanita tua itu: “Tunjukanlah kepadaku dimanakah makam Nabi Yusuf?”
Lalu wanita tua itu segera mengajak Nabi Musa, ke sebuah danau dan berkata: “Keringkanlah air di danau ini.”
Maka Bani Israil pun mengeringkan air itu dan ketika airnya telah surut ia berkata: “Galilah disini dan keluarkanlah jenazah Nabi Yusuf AS”.
Setelah menemukan jenazah Nabi Yusuf, diangkatlah dari tanah dan seketika itu jalan-jalan terus kelihatan terang seperti siang hari. Lalu mereka membawa mayat itu ke Palestin.
Ada seorang ulama dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa ketika Nabi Yusuf wafat, jenazahnya dimasukkan pada sebuah peti yang diperbuat dari batu marmar dan dimakamkan di tengah sungai Nil.
Hujahnya ialah adalah kerana ketika beliau meninggal, rakyat Mesir saling berebut untuk membawa manusia mulia ini ke wilayah mereka masing masing agar mendapatkan berkat daripadanya.
Dan akhirnya diputuskan untuk dimakamkan di tengah sungai Nil, kerana aliran sungai tersebut melintasi ke pelbagai tempat dan berkatnya akan dirasakan secara serata.
KENALI LUQMAN AL-HAKIM
Menurut Ibn Kathir, nama beliau ialah Luqman ibn Anqa' ibn Sadun. Dikatakan juga Luqman ibn Tharan. Beliau adalah daripada penduduk Aylah (Jerusalem). Dikatakan beliau seorang qadhi pada zaman Nabi Daud AS. Pendapat lain menyebut beliau adalah seorang hamba dari Habsyah (Ethiopia) dan seorang tukang kayu. Ada juga pendapat mengatakan beliau dari Sudan Mesir. Sufyan al-Tsauri meriwayatkan daripaad al-Asy’ath, daripada Ikrimah bahawa Ibnu Abbas berkata, “Luqman adalah seorang hamba sahaya dari Habsyah dan seorang tukang kayu.” Menurut Jabir bin Abdullah, Luqman adalah seorang lelaki pendek dan berhidung pesek yang berasal dari Naubah. Al-Zamakhsyari berkata, Luqman bin Ba’ura’ bin Ukhti Ayyub atau Ibn Khalatih. Beliau hidup 1000 tahun dan sempat bertemu dengan Nabi Daud serta mengambil ilmu daripadanya. Menurut riwayat Ibn Abbas, Luqman Al Hakim adalah seorang pencari kayu api di Habsy. Ia tidak terlahir dari kalangan nabi, ulama, mahupun kaum terpandang lain. Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa Luqman Al Hakim hidup di zaman Nabi Daud AS. Adil Musthafa Abdul Halim dalam bukunya Kisah Bapa dan Ana dalam Al Quran menjelaskan, ada pendapat yang mengatakan bahawa Luqman adalah pengembala domba, tukang kayu, penjahit, dan ada pula yang mengatakan bahawa dia adalah seorang budak milik Bani al-Hashaas. Bani al-Hashaas adalah salah satu Kabilah Arab. Adapun, yang termasuk di antara budak mereka adalah Suahim yang terkenal pandai menciptakan syair. Ia terbunuh pada masa Kekhalifahan Uthman bin Affan ra. Dicatatkan oleh Ibnu Jarir, bahawa seorang lelaki pernah menegur Luqman dan bertanya bagaimana Luqman mencapai darjat kemulian sedangkan dahulu dia seorang penggembala kambing. Lalu Luqman menjawab: “Takdir Allah, menunaikan amanah, berkata jujur dan tidak ikut campur terhadap apa yang bukan urusanku” Dalam peristiwa lain apabila ditanya bagaimana beliau disukai dan dihormati orang ramai, Luqman memberitahu bahawa beliau selalu menundukkan pandangan matanya (dari hal-hal yang diharamkan), lisannya selalu dijaga, makanannya selalu bersih dan halal, kemaluannya dijaga (tidak melakukan zina), jujur dalam kata-kata, semua janji selalu ditepati, tetamu-tetamunya dimuliakan dan para tetangga pula dihormati, dan tidak melakukan hal-hal yang tidak perlu. Demikian sifat-sifat yang ada pada seorang Luqman Al-Hakim, sehingga namanya dirakamkan sebagai salah satu surah dalam Al-Quran. Selamilah surah ini dan dalamilah makna yang ada pada setiap bait pesanan beliau.