PENDAFTARAN KOKURIKULUM TAHUN 2022
Selamat datang ke laman pendaftaran kokurikulum tahun 2022.
Makluman kepada murid
Semua kelab/persatuan, sukan permainan dan unit uniform yang terdapat dalam borang pendaftaran telah ditetapkan jumlah kuota. Jika kuota telah penuh, maka kelab/persatuan, sukan permainan dan unit uniform tersebut akan hilang dari senarai. Oleh itu murid dinasihatkan mendaftar dengan segera supaya dapat membuat pilihan yang tepat.
Tarikh pendaftaran dibuka pada 23 Mac 2022 dan ditutup pada 24 Mac 2022 Jam 12.00 PM
Pendaftaran unit Beruniform ( PBB ) hanya untuk murid Tingkatan 1 sahaja dan murid baru. Murid Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 kekal seperti tahun sebelumnya.
Peringatan kepada murid
Sila pastikan anda menggunakan ID Google Classroom (GC) anda sendiri. SATU ID Google Classroom (GC) hanya boleh mendaftar SEKALI sahaja.
Persediaan sebelum mendaftar :-
ID Google Classroom (GC) & katalaluan – KECUALI pelajar T1
Nombor kad pengenalan
Sudah bersedia & membuat keputusan yang tepat untuk memilih kelab/persatuan & sukan permainan yang diminati