Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2021 Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort (SMK Beaufort) akan diadakan secara dalam talian sebagai alternatif kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka berikutan pandemik Covid-19.
Pendaftaran ini bermula pada 25 Disember 2020 sehingga 30 Disember 2020.
Senarai dokumen yang perlu disediakan oleh ibu-bapa adalah seperti Lampiran A dan semua murid yang baru mendaftar dikehendaki untuk menjelaskan sumbangan PIBG dan senarai keperluan dari koperasi. Rujuk Lampiran B.
Pihak sekolah amat menggalakkan ibu bapa membuat pendaftaran secara atas talian bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.
Pihak sekolah juga akan memaklumkan ibu bapa melalui surat berkaitan tarikh penyerahan dokumen, sumbangan PIBG dan keperluan persekolahan dari koperasi bagi pendaftaran secara atas talian sahaja.
Sila tekan butang di bawah untuk mendaftarkan anak-anak anda untuk Tingkatan Satu (1) sesi 2021 Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort (SMK Beaufort). Bagi maklumat yang tidak ada, contohnya nombor telefon ibu atau bapa, sila tulis 'tiada' atau 'tidak ada' di dalam ruang jawapan yang disediakan.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi:-
019-853 2609 (PK HEM, Encik Mohd Noh bin Ismail)