MAKLUMAT PENDAFTARAN 

MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU AMBILAN KETIGA SESI 2023/2024

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 

AMBILAN KETIGA 

SESI 2023/2024  KMS
 

PADA 31 JULAI 2023 (ISNIN) MULAI JAM 8.30 PAGI SEHINGGA 12.00 TENGAHARI.

TEMPAT : UNIT HEP, BANGUNAN PUSAT PELAJAR AQUILA 



TINDAKAN 1 – PRA-PENDAFTARAN

> Setelah klik setuju terima tawaran Matrikulasi sila cetak atau simpan fail dokumen di dalam Pendrive kesemua dokumen yang tersenarai, lengkapkan dan bawa bersama dokumen pendaftaran berikut bagi keperluan pendaftaran di KMS

> Sila buat pembayaran yuran di Kaunter BSN, cetak resit dan buat salinan sebagai simpanan.

Bayaran Kepada : EJEN MATRIK SELANGOR (sila pastikan nama kolej adalah tepat)

No. akaun : 10 10 02 90 00 57 6031 

Kod Kolej : 23

> Cetak slip pendaftaran untuk tujuan pendaftaran secara fizikal 31/7/2023


*KMS TIDAK MEMBUAT PENDAFTARAN ATAS TALIAN KERANA MASALAH TEKNIKAL 



TINDAKAN 2 – HARI PENDAFTARAN (31 JULAI 2023-ISNIN)

>  Pastikan para bakal pelajar memenuhi syarat tatacara berpakaian semasa hari pendaftaran, pelajar dimestikan berpakaian kemas, memakai kemeja bertali leher dan berseluar slack (bagi pelajar lelaki) dan berbaju kurung kemas (bagi pelajar perempuan dan digalakkan bagi pelajar perempuan bukan beragama Islam) semasa pendaftaran pelajar

> Pelajar lelaki berambut pendek, kemas dan rapi. Manakala pelajar perempuan bukan Islam, rambut diikat dengan kemas.

> Hanya pelajar sahaja yang akan mendaftar di Kaunter.

> Pelajar akan bergerak ke asrama untuk mengambil kunci bilik seperti mana yang tercatat di dalam dokumen yang telah dicetak selepas pendaftaran.

> Tinggalkan semua beg / bagasi di dalam kenderaan anda semasa  membuat pengesahan pendaftaran di Unit HEP.

> Pastikan semua dokumen telah lengkap dan disusun dengan teratur 


> Bagi pelajar OKU dan mempunyai kad OKU boleh merujuk kaunter HEP


> Keperluan yang perlu dibawa semasa pendaftaran (Isi dalam sampul surat berukuran A4)


1.Kad pengenalan (asal dan salinan)

2.Slip/resit bayaran yuran (asal-berwarna biru salinan pelanggan/Surat zakat)

3.Surat tawaran (cetak dari laman web Bahagian Matrikulasi KPM)

4.Nombor akaun BSN (pastikan aktif)




Dokumen lain perlu disimpan oleh pelajar dan diserahkan bila diminta


http://www.kms.matrik.edu.my/

SILA LAYARI LAMAN WEB RASMI KMS UNTUK MAKLUMAT TERKINI DARI MASA KE SEMASA



PAKAIAN PELAJAR LELAKI SEMASA PENDAFTARAN


PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN SEMASA PENDAFTARAN


PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PEMBIAYAAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

Panduan isi borang perjanjian biru 23.pptx

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIA PEMBIAYAAN PELAJAR

H PANDUAN MENGISI PERJANJIAN PEMBIAYAAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI