Murid dipertontonkan dengan video lagu bertemakan keselamatan waspada selalu diiringi dengan melodi lagu chan mali can dan murid menyanyi bersama-sama berdasarkan lirik yang disediakan dalam video.
Murid diminta menceritakan perkara yang terdapat dalam video secara ringkas.
Guru mengaitkan video dengan topik pembelajaran hari ini.
Murid disoal jawab.
Kenapa kita perlu berhati-hati di rumah?
Siapa yang bertanggungjawab menjaga keselamatan diri kita?
BBM
Guru menunjukkan video mengenai situasi bahaya di rumah berpunca dari elektrik, air dan benda tajam dan keras. Murid diberi masa untuk menonton bahan tersebut,
Setiap murid diminta bercerita tentang situasi bahaya yang berlaku dalam video seperti :
Jika ada kebakaran di rumah apa yang perlu dilakukan?
Mengapa kita perlu menjauhkan alat elektrik daripada air?
BBM
Guru memberikan contoh intonasi yang betul seperti menaikkan suara ketika mengambarkan situasi bahaya dan menurunkan nasihat atau langkah keselamatan.
Murid diminta untuk menceritakan situasi berdasarkan gambar slaid yang dipaparkan secara ringkas menggunakan ayat sendiri.
Murid dibahagikan kumpulan, tajuk yang dipilih dibahagikan kumpulan meggunakan aplikasi wordwall iaitu spin the wheels.
Murid secara berkumpulan berbincang dan menyampaikan mesej atau cerita yang terkandung dalam gambar slaid dialog, namun murid dibenarkan untuk mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Murid diberi tugas untuk menjawab soalan mendengar dengan baik dan diberikan dua pilihan jawapan berdasarkan suara di aplikasi platform wordwall.
Guru memberikan penerangan mengenai cara untuk menjawab soalan kuiz.
Murid menjawab lima soalan bersama-sama.
Selepas itu, guru akan membincangkan soalan-soalan yang dianggap sukar bersama murid.
Murid diberi peluang untuk berkongsi pendapat mereka berdasarkan jawapan yang diperoleh dan berbincang bersama guru.
Guru memberikan peneguhan tetang pentingnya keselamatan di rumah. Murid dipertontonkan dengan video simbol-simbol keselamatan supaya murid lebih berwaspada dan guru memberi peneguhan supaya menggunakan sebutan dan intonasi yang jelas apabila menyampaikan nasihat atau cerita kepada orang lain.
Murid disoal jawab,
Apa yang anda pelajari hari ini yang anda rasa penting untuk keselamatan di rumah?
Guru merumus isi pelajaran apa yang murid pelajari pada hari ini.
Memberi tepukan sebagai penghargaan atas usaha yang ditunjukkan hari ini.
BBM