Pendaftaran Semula Tingkatan 2-5
Pendaftaran semula merupakan pendaftaran kembali pelajar yang naik ke tingkatan seterusnya. Pelajar perlu hadir untuk mendaftar pada masa yang ditetapkan serta perlu melalui proses yang digariskan bagi memudahkan pihak maktab mengurustadbir rekod serta pembayaran yang perlu pelajar selesaikan. Pihak maktab sentiasa berusaha memastikan setiap pelajar ditadbir dengan baik serta mendapat layanan yang sama adil.
Bagi melancarkan urusan pendaftaran semula pelajar ibu/bapa/penjaga serta pelajar perlu menyemak semula dokumen yang diperlukan sebelum hadir pada hari tersebut.
Sila pastikan:
Borang Maklumat peribadi wajib diisi dengan betul dan tepat. Muat turun borang Lampiran A [word] [pdf]
Slip gaji ibu, bapa /penjaga yang telah disahkan. Bagi yang bekerja sendiri @ tidak bekerja sila lengkapkan borang pengesahan pendapatan di Lampiran B[word] [pdf]
Borang keizinan rawatan gigi untuk Tahun 2024 wajib diisi oleh ibu bapa di Lampiran C[word] [pdf]
Bayaran yuran pendaftaran telah dibayar menggunakan aplikasi MARAeps (TIADA URUSAN PEMBAYARAN SECARA TUNAI) https://bayar.maraeps.my
(Resit bayaran yuran perlu dibawa dan diserahkan semasa hari pendaftaran semula . Panduan Pendaftaran Baru MARAeps klik disini[word] [pdf]
Bersama-sama ini juga dilampirkan seperti di bawah surat makluman dan senarai Yuran yang perlu dibayar bagi sesi Tahun 2024/2025
Yuran Pendaftaran Maktab
Yuran MUAFAKAT
Bayaran Yuran Dobi Koperasi
SURAT MAKLUMAN HARI PENDAFTARAN SESI 2024/2025
Sebarang pertanyaan berkaitan,sila berhubung dengan pegawai berkenaan:
Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar- En Hasbullah Nawawi bin Che Ismail
Pembantu tadbir (K)-Pentadbiran dan Asrama- Pn Rayani binti Ahmad
Pembantu Tadbir (Pendaftaran dan Kewangan) - Pn Emmy binti Petrus
No telefon: 089-225609 ext 250