LATAR BELAKANG
KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA
Kolej Komuniti Semporna dahulunya dikenali sebagai Kolej Komuniti Cawangan Semporna. Pengoperasian Kolej Komuniti Semporna telah bermula Mac 2009 dengan menumpang di Kolej Komuniti Tawau sebagai kampus induk. Pada bulan Julai 2009, Kolej Komuniti ini mula beroperasi di sebuah premis 8 pintu (5-unit rumah kedai) yang disewa sehingga bulan November 2012 dengan kapasiti pelajar seramai 45 orang. Pada awal penubuhan premis kolej Komuniti ini hanya menawarkan program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan dan juga Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang kini dikenali sebagai Sijil Pengembaraan Pelancongan.
Â