Saya merupakan seorang Peguam Syarie berdaftar di Negeri Perak, kini berkhidmat di Chambers of Hakimi & Hazwani, Parit Buntar.
Saya berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai kes undang-undang kekeluargaan Islam, termasuk cerai, nafkah, harta sepencarian dan hak penjagaan anak.
Saya percaya bahawa setiap individu berhak mendapat keadilan dan ruang untuk memperbetul kehidupan — bukan melalui emosi, tetapi dengan ilmu dan bimbingan Syariah.
Dalam setiap kes yang saya kendalikan, saya cuba memahami latar belakang dan keperluan klien dengan tenang, agar setiap langkah yang diambil bukan sekadar untuk menang kes, tetapi juga membawa ketenangan hati.
🌿 “Membimbing dengan ilmu, bukan emosi.”
Saya mempunyai Tauliah Peguam Syarie dari Negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.