PENJANA EKONOMI NEGERI SABAH. ( DEWAN PERNIAGAAN )
Keep Moving Forward with Economic Growth
LOT A-P 06,TINGKAT BAWAH,BLOK A,
88000 KOTA KINABALU,SABAH.
Tel No : 088 - 239226 / 011-21799273
Pengenalan
Penjana Ekonomi Negeri Sabah adalah sebuah Dewan Perniagaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2023 di Kota Kinabalu di negeri Sabah dan beralamat di Lot A-P 06, Tingkat Bawah, Blok A, Warisan Square,88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Penjana Ekonomi Negeri Sabah di ujudkan adalah untuk membantu kerajaan dalam membangunakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kegiatan ekonomi di negeri ini daripada sumber sedia ada dan daripada sumber baharu.
Mengenai Penjana Ekonomi Negeri Sabah
Penjana Ekonomi Negeri Sabah adalah sebuah dewan perniagaan yang telah berdaftar di Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran:PPM-022-12-05052023.Dewan Perniagaan ini adalah bertujuan mengumpul dan mewakili kepada semua syarikat dan organisasi yang terlibat di dalam industri berkaitan aktiviti ekonomi khususnya di negeri Sabah, di Malaysia dan amnya di peringkat antarabangsa.
Penjana Ekonomi Negeri Sabah adalah terdiri daripada syarikat - syarikat yang menjalankan perniagaan di negeri ini atau syarikat luar negara yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke negeri Sabah. Pada masa ini, Penjana ekonomi Sabah telahpun memiliki jalinan hubungan perniagaan dengan beberapa negara luar seperti negara China, Filipina, Brunei, Indonesia dan dalam proses mengembangkan lagi rangkaian hubungan perniagaan ini dengan negara - negara lain di masa akan datang.
Ahli - Ahli kepada Penjana Ekonomi Negeri Sabah adalah terdiri daripada persatuan - persatuan ,dewan perniagaan tempatan dan dewan perniagaan daripada luar negara, syarikat pembuatan dan perkilangan, syarikat perkhidmatan, syarikat industri kecil dan sederhana , syarikat hartanah, syarikat guaman, syarikat perkapalan, syarikat import dan export, syarikat pertanian, perladangan, penternakan dan perikanan, dan aktiviti ekonomi dari sektor yang lain.
Aktiviti utama Penjana Ekonomi Negeri Sabah adalah menyediakan platfom perhubungan perniagaan , menyediakan perkonsian informasi perniagaan kepada ahli - ahli dewan perniagaan , menjalinkan hubungan secara terus dengan pihak kerajaan negeri Sabah dan kerajaan pusat berkaitan dengan prosudar dan perundangan serta hala tuju ekonomi negara , menganjurkan pemeran perniagaan, sidang media dan aktiviti- aktiviti khidmat kemasyarakatan.
Matlamat Penjana Ekonomi Sabah
- Mengurangkan kemiskinan di negeri Sabah.
- Meningkatkan Export negeri.
- Menjadi agensi yang membantu memasarkan hasil keluaran negeri Sabah
- Memaju dan Meningkatkan pendapatan dan ekonomi domestik secara
menyeluruh di negeri Sabah.
- Mempelajari dan Memindahkan Teknologi serta Inovasi terkini daripada
negara luar untuk di bina dan di laksanakan sendiri oleh Penjana Sabah
di dalam semua sektor yang berdaya maju .
Visi Penjana Ekonomi Sabah
- Mengujudkan ekonomi negeri Sabah yang progresif dan konsisten.
Hala tuju Pembangunan Penjana Ekonomi Negeri Sabah 2023 - 2030
30 Negara
1,000 Rangkaian Rakan Kongsi
70,000 Penyertaan Pembelian Antarabangsa
100 Penganjuran Dan Penyertaan Pameran
Domestik Dan Antarabangsa
9 Teras Kerjasama Penjana Ekonomi Kepada Kerajaan Negeri Sabah
Dan Kerajaan Persekutuan Malaysia.
__________________________________________________________
1. Menyediakan kemudahan bantuan kepada aktiviti ekonomi
di negeri Sabah.
2. Membantu menyediakan penyelidikan kepada sesuatu
kepentingan kerajaan Sabah jika diperlukan.
3. Membantu sebagai Pemerhati/Pemantau kepada aktiviti
berkepentingan kepada kerajaan negeri Sabah jika diperlukan.
4. Menjadi Agen perunding pelaburan bagi pihak kerajaan
negeri sabah.
5. Membantu Memindahkan Teknologi luar yang diperlukan / berpotensi
dilaksanakan di negeri Sabah.Membantu dari segi penyediaan
infrastuktur sehingga ke peringkat operasi.
6. Menyalurkan cadangan dan maklumat berkenaan pelaburan baru
7. Membantu dalam transformasi ekonomi negeri Sabah.
8. Menjadi Rakan Usahasama Kepada kerajaan Negeri Sabah Dan
Kerajaan Persekutuan di Sabah. ( PFI )
9. Menjadi Agen Pemasaran kepada produk - produk daripada negeri
Sabah (Hasil bumi negeri Sabah ).
Pada tahun 2023 - 2025, Penjana Ekonomi Sabah akan menumpukan
dalam industri dan bidang berkaitan seperti dibawah :
__________________________________________________________
1. PENGANJURAN DAN PENYERTAAN PAMERAN DALAM DAN LUAR NEGARA.
Penganjuran dan penyertaan Pameran Perniagaan dalam dan luar
negara.
2. PENGELUARAN PRODUK JENAMA SENDIRI.
Mengeluarkan dan memasaran produk jenama dan menjalinkan usaha sama dengan syarikat tempatan dan luar negara.
3. TENAGA
Usaha sama dalam penghasilan tenaga hijau dan tenaga boleh
diperbaharui.
4. PENGANGKUTAN
Pengangkutan dan rantaian sistem pengangkutan.
5. PEMBINAAN
Penglibatan dalam produk dan Industri Pembinaan negara.
6. PEMBUATAN DAN PERKILANGAN
a. Usaha Sama Penghasilan Produk Kesihatan
b. Usaha Sama Penghasilan Produk Kecantikan
c. Penghasilan Produk Makanan dan minuman
7. PEMEROSESAN PRODUK HILIRAN
a. Usaha sama dengan syarikat luar negara dalam Penghasilan
produk hiliran bagi Minyak dan Gas
b. Usaha sama dengan syarikat luar negara dalam Penghasilan
produk hiliran daripada kelapa sawit
8TH WORLD OIL AND GAS EQUIPMENT EXHIBITION
(WOGE 2023 )
HAINAN CONVENTION AND EXHIBITION CENTER
26 - 28 OCT 2023
38TH TRADE EXPO INDONESIA
18 - 22 OKTOBER 2023
TANGERANG , INDONESIA
KELULUSAN LESEN PENGEXPORT DARIPADA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
DAN INDUSTRI MALAYSIA ( MITI ).