Plan (Perancangan)

SEKOLAH DAN MASJID

AGIHAN SEKOLAH DAN MASJID

Pematuhan SOP

  1. Pelaksanaan program adalah tertakluk kepada SOP MKN, KKM dan Masjid.

Tindakan: Makluman


  1. Kehadiran dan penyertaan adalah secara sukarela sepenuhnya. Tanggungjawab dipikul bersama.

Tindakan: Guru, ibu bapa, murid, JK masjid


  1. Imbasan suhu. Alat imbas suhu disediakan oleh JK Masjid dan guru mata pelajaran.

Tindakan: Guru mengajar, JK masjid


  1. Rekod kehadiran dan rekod kontak rapat. Senarai nama disediakan oleh guru mengajar.

Tindakan: Guru mengajar


  1. Pemakaian pelitup muka diwajibkan kepada semua murid. Penyediaan pembasmi kuman atau hand sanitiser individu adalah digalakkan.

Tindakan: Ibu bapa / waris


  1. Pengangkutan tidak disediakan. Ibu bapa / waris bertanggungjawab menghantar dan menjemput pulang anak / jagaan masing-masing.

Tindakan: Ibu bapa / waris


  1. Makanan tidak disediakan. Murid perlu membawa makanan dari rumah. Sisa makanan hendaklah dibuang dengan baik ke tempat-tempat yang disediakan. Jika ada ibu bapa, waris atau komuniti yang ingin menyumbang kepada makanan murid-murid, maka itu adalah digalakkan.

Tindakan: Murid


  1. Murid yang mengikuti pembelajaran secara bersemuka adalah duta kepada sekolah masing-masing. Kekalkan kepribadian, akhlak dan nilai terpuji sepanjang mengikuti pembelajaran.

Tindakan: Murid


  1. Pematuhan SOP masjid termasuk penjarakan fizikal, sejadah, pelitup muka dan lain-lain hendaklah sentiasa dipatuhi.

Tindakan: JK masjid, Guru mengajar, murid


  1. Pemakluman kepada balai polis terdekat untuk semakan dan bimbingan pematuhan.

Tindakan: JAIPs

Tanggungjawab YDP PIBG setiap sekolah menengah

  1. Penentuan kumpulan sasar berdasarkan kriteria. Sama ada semua murid T5 dan T6 atau bersasar kepada murid halus BM dan Sejarah atau lain-lain kriteria

  2. Pembentukan jawatankuasa dan agihan tugas seperti saranan PDRM (siapa imbas suhu, jaga penjarakan dan pematuhan SOP)

  3. Jadual dan cara pelaksanaan (pengiliran dan sebagainya)

  4. Perbincangan dengan JK Masjid selepas solat Jumaat 27 November 2020.

  5. Agih tugas pemantauan oleh AJK PIBG.