Unit Polis Bantuan
UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub
"Keselamatan dan Kesejahteraan Kampus Tanggingjawab Bersama"
UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub
"Keselamatan dan Kesejahteraan Kampus Tanggingjawab Bersama"
Shah Alam: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengiktiraf peranan polis bantuan dalam memastikan keselamatan universiti terjamin dan terpelihara.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, universiti tidak terkecuali daripada pelbagai cabaran dan ancaman termasuk secara maya serta dari luar universiti.
"Warga UiTM dan masyarakat meletakkan kepercayaan tinggi kepada Polis Bantuan untuk memastikan keterjaminan keselamatan warga kampus terpelihara.
"Malah kerjasama antara Polis Bantuan dan warga UiTM adalah satu pendekatan yang berkesan dan menjadi tunjang utama ke arah mencapai kesejahteraan serta keselamatan komuniti.
"Yakinlah tindakan yang dilaksanakan pasukan itu dalam mengatasi dan mendepani isu yang berlaku adalah tugas mulia," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Polis Bantuan UiTM Ke-12 di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau memeriksa kawalan kehormatan Polis Bantuan UiTM yang disertai 101 pegawai dan anggota.
Sambutan ulangtahun itu turut meraikan pengiktirafan kepada 46 pegawai dan anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan tadbir urus, inovasi dan sukan.
Prof Dr Roziah berkata, beliau berbangga apabila UiTM menjadi universiti pertama menubuhkan Polis Bantuan dan perintis kepada universiti awam lain.
Sementara itu, Ketua Polis Bantuan UiTM, Deputi Superintendan Zakaria Ishak berkata, pihaknya sentiasa bersedia dengan kemajuan teknologi terkini apabila memperkenalkan Sistem Polis Bantuan UiTM (UAPS).
Katanya, semua sistem dan aplikasi membabitkan Polis Bantuan disatukan dalam UAPS.
"Polis Bantuan UiTM dengan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesejahteraan semua, terus komited dalam menjalankan tanggungjawab menjaga kampus," katanya.
Sumber : Hmetro
Disiarkan pada: September 21, 2023 @ 9:28pm
INSP/PB MOHAMAD FADILAH BIN ABD HALIM
Penolong Pegawai Keselamatan
Ketua Unit Polis Bantuan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
Kampus Raub
📞 09 - 351 5613 📩 fadilah6700@uitm.edu.my
Pejabat Polis Bantuan
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pahang Kampus Raub
27600 Raub, Pahang Darul Makmur
HOTLINE
Pos Kawalan Polis Bantuan☎️
📞09 - 351 5600 (24 JAM)
Pusat Kawalan Polis Bantuan☎️
📞09 - 351 5603 (24 JAM)
Kaunter Perhidmatan&aduan Pejabat Polis Bantuan☎️
📞09 - 351 5604