Pasaraya Borong Kh Nizam Kg Bohor
Pasaraya Borong Kh Nizam ialah sebuah syarikat perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bidang utama syarikat ini ialah menjalankan perniagaan barangan keperluan harian. Perniagaan ini ialah pemilik bumiputera sepenuhnya. Perniagaan ini bermula dari sebuah kedai kecil di Padang Matsirat Langkawi. Dengan hasil dan pengalaman yang lama dalam bidang perniagaan, pemilik kedai ini berjaya menubuhkan Pasaraya yang besar. Syarikat ini juga telah mempunyai tiga (3) cawangan iaitu Pasaraya Borong Kh Nizam Kg. Bohor, Pasar Mini Kh Nizam dan Pasaraya Borong Kh Nizam yang terletak di Sungai Menghulu Langkawi.
Perniagaan ini juga mengutamakan produk bumiputera. Semua kakitangan syarikat ini anak melayu islam.
MISI SYARIKAT
Mengembangkan dan komersialkan produk tempatan dalam perniagaan muslim seperti dalam fardhu kifayah
VISI SYARIKAT
Mengembangkan lagi perniagaan anak melayu dalam ekonomi islam Malaysia.
WAKTU OPERASI:
BUKA SETIAP HARI DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 10.30 MALAM
TUTUP PADA HARI RAYA AIDILFITRI